32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

BN hormati keputusan Lembaga Pengampunan

Mesti Baca

BARISAN Nasional (BN) menghormati keputusan Lembaga Pengampunan selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan, dipercayai berkaitan keputusan lembaga itu terhadap permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pada masa sama, BN mendukung segala langkah yang bakal diambil selaras dengan lunas undang-undang seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dipengerusikan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur malam ini.

Beliau berkata, dalam mesyuarat tersebut BN dengan takzimnya merafak sembah tahniah kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang telah dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17.

“Semoga pemerintahan Ke Bawah Duli Tuanku akan membawa Malaysia ke arah lebih makmur dan sejahtera,” katanya dalam satu kenyataan selepas mesyuarat tersebut.

Kata beliau, BN turut menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menyempurnakan tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Advertisements

Sementara itu, Dewan Tertiggi turut melantik Datuk Rozi Mamat sebagai Pengerusi Jawatankuasa BN Terengganu dan Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Pengerusi Jawatankuasa BN Johor.

Kedua-dua mereka sebelum ini telah dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu dan Johor.

Pelantikan Rozi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said manakala Onn Hafiz yang juga Menteri Besar Johor menggantikan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Naib Presiden UMNO.

Selasa lalu, Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, memberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara 12 tahun yang sedang dijalani Najib sejak 2022, sekali gus menyaksikan beliau bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Selain tarikh pembebasan awal itu, Najib turut perlu membayar denda yang dikurangkan kepada RM50 juta.

Bagaimanapun, jika Najib gagal membayar denda tersebut, tempoh penjara terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan itu akan ditambah selama setahun, iaitu tarikh pembebasannya pada 23 Ogos 2029. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan