32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Harap tender semula projek tebatan banjir sebelum Jun

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Johor bersetuju agar enam projek tebatan banjir perlu melalui proses tender semula, dengan segera, selewat-lewatnyanya Jun ini.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata, ini termasuklah projek Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Johor, Kota Tinggi. 

Malah menurut beliau, pentadbiran negeri menzahirkan komitmen di peringkat tertinggi bagi memudahcara kesemua projek dan inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2023 itu.

“Kerajaan Negeri Johor nak ucapkan terima kasihkerana bersetuju melaksanakan projek naik taraf Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari Yong Peng Utara ke Senai Utara – Fasa 1, Johor daripada empat kepada enam lorong dengan kos RM525 juta secara berfasa.

“Selain itu, Kerajaan Persekutuan juga bersetuju untuk menambah baik kemudahan jaringan lebuhraya ke Pengerang melalui pembinaan lorong memotong di Senai Desaru Expressway.

“Sudah pasti dengan pelebaran laluan utama ini, ia akan usaha meningkatkan kesalinghubungan, yang bukan sahaja penting untuk logistik perniagaan, tetapi juga hubungan sesama rakyat dari dalam dan luar Johor,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Onn Hafiz berkata, cadangan memperkukuhkan lagi pembangunan Iskandar Malaysia di Johor melalui pewujudan zon khas kewangan, dengan pakej imbuhan bagi menarik lebih banyak pelaburan bernilai tinggi, turut diumumkan YAB Menteri Kewangan.

Malah menurut beliau, Anwar juga turut mengumumkan kerja-kerja awalan bagi menaik taraf 26 buah hospital di seluruh negara, termasuk pembesaran Hospital Pontian, Johor yang telah berusia hampir seabad.

“Dan tidak dilupakan, pengenalan Pas Perjalanan Tanpa Had myBAS50 untuk manfaat rakyat Johor Bharu yang menggunakan perkhidmatan bas henti-henti di bawah Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST).

“Sekali lagi saya bagi pihak Kerajaan Negeri Johor, ingin merekodkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Kerajaan Persekutuan kerana memberi pertimbangan dan seterusnya melaksanakan harapan yang kami utarakan sebelum ini,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan