26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023

Tak tunduk, terkesan dipecat daripada UMNO – Khairy

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan beliau tidak kecewa atau tunduk dengan pemecatannya sebagai ahli UMNO, malam tadi.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu juga berkata, beliau juga tidak terkesan dengan keputusan itu.

“Malam ini saya dipecat oleh parti yang saya sayang, yang saya berikan kesetiaan.

Unbowed, unbent, unbroken,” katanya dalam Facebook hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan malam tadi mengesahkan Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Khairy dipecat daripada UMNO.

Kedua-dua mereka dipecat parti disebabkan pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan sewaktu Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU-15).

UMNO turut menggantung keahlian beberapa pemimpin lain antaranya ialah Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan selama enam tahun.

Baca juga:   Pemergian Syed Razak satu kehilangan - UMNO Kedah

Turut digantung keahlian selama enam tahun ialah Ahli MKT UMNO, Fathul Bari Mat Jahya; bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Salim Mohd. Sharif dan Ketua Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.

Selain itu yang turut dipecat ialah lima ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, sembilan ahli Bahagian Putrajaya, dua dari Tanjung Karang dan 26 orang ahli UMNO dari negeri Pahang.

Antara kesalahan mereka ialah menjadi calon bebas, calon parti selain Barisan Nasional (BN) dan terlibat membantu parti lawan ketika PRU-15.

Baca juga:   Covid-19: Ketua Penerangan UMNO positif, Presiden negatif

Sementara itu bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad digugurkan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri dan digantikan dengan Naib Presiden, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan