31.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 7, 2022

Asyraf tidak merapu, tidak menipu – Zambry

Mesti Baca

SETIAUSAHA Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir tampil mempertahankan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan mengesahkan Ketua Pemuda UMNO itu “tidak merapu, tidak menipu” berhubung pertemuan pemimpin Pas dan UMNO pada 13 Oktober lalu.

Malahan Zambry, menerusi Facebooknya, turut mendedahkan gambar pertemuan tersebut dari sudut berbeza yang jelas menunjukkan Asyraf turut berada dalam mesyuarat tersebut.

Dalam pertemuan itu menyaksikan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiusaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bertemu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan selain Asyraf dan Zambry.

Sementara itu, Asyraf menjelaskan tiada sebarang permintaan dibuat oleh Pas agar gambar pertemuan itu tidak didedahkan.

“Lagipun kenapa takut untuk mendedahkan pertemuan yang punya niat yang baik?

“Tiada apa yang perlu dirahsiakan melainkan Pas takut rakannya PPBM (Bersatu) marah sebab jumpa kembali dengan UMNO secara senyap-senyap!,” katanya menerusi Facebooknya malam tadi.

Baca juga:   Tembak nelayan asing: anggota maritim patuh peraturan - KP

Beliau membalas kenyataan Tuan Ibrahim bahawa Ketua Pemuda UMNO itu “merapu” berhubung permintaan Pas untuk bertanding di 47 kerusi selamat daripada UMNO jika mahu bekerjasama menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Malahan, Asyraf juga dikatakan mungkir janji berhubung permintaan Pas agar gambar pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 13 Oktober lalu tidak didedahkan.

Baca juga:   17,000 penduduk Mentari Court jalani ujian saringan Covid-19

Asyraf juga dikatakan tidak terlibat dalam mesyuarat antara Presiden serta Timbalan Presiden UMNO dan Pas baru-baru ini.

Ekoran itu beliau telah diserang oleh para penyokong Pas menerusi media sosial dengan mendakwa Asyraf sebagai menipu dan mungkir janji.

“Allah menjadi saksi, ramai juga menjadi saksi bahawa saya tidak merapu dan tidak menipu, jauh sekali memungkiri sebarang janji,” katany.

Sebelum ini, Asyraf mendedahkan pertemuan kedua antara para pemimpin Pas dan UMNO itu bagi membincangkan kerjasama kedua-dua parti tersebut bagi menghadapi PRU-15.

Pertemuan itu diadakan sehari sebelum Pas memutuskan untuk meneruskan jalinan kerjasama dengan Bersatu melalui Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, dalam pertemuan itu Pas memberitahu mereka dijanjikan 47 kerusi boleh menang oleh Bersatu.

Bagaimanapun bagi UMNO, katanya, perundingan untuk kembali mengukuhkan Muafakat Nasional kali ini lebih besar daripada sekadar perkiraan untung rugi kerusi-kerusi yang bakal dikongsi dalam PRU-15. – Edisi 9

Baca juga:   Penghuni meninggal dunia, bomba dipanggil buka pintu

Wartawan

Terkini

Misi banjir: PDRM terima bot daripada 7-Eleven Malaysia

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menerima sumbangan 30 buah "inflatable boat" daripada Syarikat 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd. untuk kegunaan misi...

Lagi Artikel Berkaitan