25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Pemandu maut tercampak dari kereta dalam nahas

Kemalangan berlaku berpunca daripada kecuaian salah seorang pemandu yang gagal mematuhi lampu isyarat merah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG pemandu lelaki maut selepas tercampak keluar dari kereta yang dipandunya dalam kemalangan ngeri di Jalan Ampang, Selangor semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kemalangan berlaku pada pukul 11.50 malam melibatkan dua kereta jenis Proton Waja dan Perodua Alza.

“Kemalangan dipercayai berlaku ketika pemandu kereta Proton Waja berusia 24 tahun bergerak lurus dari Lembah Jaya menuju ke Kuala Lumpur telah melanggar bahagian sisi kiri kereta Perodua Alza yang sedang membelok masuk ke Bandar Baru Ampang.

“Pelanggaran terbabit menyebabkan pemandu Perodua Alza tercampak keluar dari kereta. Kedua-dua lelaki terbabit mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Farouk, bagaimanapun, pemandu kereta jenis Perodua Alza terbabit disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan pada pukul 7 pagi.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku berpunca daripada kecuaian salah seorang pemandu yang gagal mematuhi lampu isyarat merah hingga menyebabkan kemalangan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian,” jelasnya. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan