23.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 1, 2022

Mahathir sanggup ‘jilat kahak’ demi talian hayat

Mesti Baca

Editor
Editor Edisi 9

AKU bersimpati dengan ahli politik tua yang terpaksa merayu-rayu dengan musuh-musuh politiknya demi mencari talian hayat menjelang PRU-15 bulan depan.

Mana tidaknya selepas merayu-rayu untuk berbaik dan bekerjasama dengan PH, Mahathir juga sanggup menjilat kahak demi dapat bekerjasama dengan PN dan Bersatu.

Sungguh, aku yang berada di luar parti politik begitu jijik melihat tingkah laku orang tua yang sudah mahu masuk usia seabad, mencari talian hayat demi survival politiknya dan anak-anak.

Dia terpaksa merangkak mencari rakan sekutu untuk mengharungi PRU-15 setelah menyedari GTA dan parti Pejuang yang diketuainya tidak mendapat tempat di hati pengundi dan rakyat.

Namun, siapa yang mahu percaya kepada orang tua ini yang begitu arogan dan meletakkan hanya dia sahaja yang betul sedangkan orang lain semuanya tidak betul.

Dia juga seorang yang tidak boleh dipercayai kerana sanggup mengkhianati kawan setelah dia menyedari kedudukannya terancam.

Sudah tentu PH masih ingat bagaimana tindakan Mahathir meletakkan jawatan secara mengejut tanpa pengetahuan rakan-rakan parti dalam PH setelah 22 bulan mentadbir negara menyebabkan parti itu ‘tumbang’.

DAP dan PKR sudah tentu merasakan bahawa mereka membuat kesilapan besar apabila memberi laluan kepada Mahathir untuk menjadi PM walhal mereka boleh sahaja memilih orang lain.

Baca juga:   AS jangan tahan maklumat bantu Najib bela diri
Naskhah ‘Kahak’ didedikasikan kepada Mahathir.

Yelah, Mahathir adalah musuh bagi DAP dan PKR selama berpuluh tahun, namun demi kuasa dan meraih undi, mereka sanggup menggadai maruah dengan membenarkan orang tua itu ‘mengetuai’ PH dalam PRU-14 lalu.

Baca juga:   Mahathir didakwa tiada sokongan majoriti MPT Bersatu

Namun, Mahathir bijak menipu konon sedia melepaskan jawatan PM kepada Anwar Ibrahim sekiranya pemimpin PKR itu dibebaskan menerusi pengampunan diraja sebaliknya cuba melambat-lambatkan proses peralihan jawatan tersebut.

Akibat tidak tahan dengan tekanan dalam partinya sendiri, Mahathir letak jawatan sebagai PM dan Pengerusi Bersatu, menyebabkan PH terpaksa melepaskan kerajaan selepas berjaya menewaskan BN buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya umum.

Bersatu pula bagai anak ayam kehilangan ibu apabila Mahathir meninggalkan parti tanpa berbincang dengan pucuk pimpinan. Mujur Muhyiddin yang mempunyai pengalaman dalam UMNO berjaya meneruskan perjuangan parti.

Walhasil hari ini Bersatu sudah berjaya membentuk pakatan yang kukuh bersama Pas dan Gerakan serta beberapa parti dari Sabah menerusi Perikatan Nasional.

Manakala Mahathir yang konon seorang pemimpin politik dan negarawan terhebat di Asia, masih terkapai-kapai mencari sokongan rakyat di bawah GTA yang dibentuk.

Gabungan parti politik yang dibentuk pula terdiri parti-parti kecil yang tidak mempunyai sokongan dan akar umbi.

Membawa misi yang begitu besar dan idealistik iaitu untuk “mengambil alih” peranan UMNO dalam memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam, tetapi kini terpaksa menagih talian hayat daripada PN dan PH.

Bagi aku, cukup-cukuplah! Dalam usia sebegini, Mahathir perlu lupakan hal duniawi. Lupakanlah perjuangan yang belum selesai itu. Berilah laluan kepada orang lain.

Baca juga:   Lagi 'kelentong' politik Pakatan Harapan

Kalau benar dia pemimpin hebat sepatutnya dia sudah berjaya membentuk anak-anak menjadi pemimpin setaranya, namun malang sehingga kini dia gagal.

Baca juga:   Shafie 'sanggup mati' dari serah kuasa, Najib ingatkan Tun M

Bersaralah Mahathir!

Wartawan

Terkini

Klip video amaran rusuhan 13 Mei kandungan berbayar – MCMC

TIGA klip video berhubung amaran rusuhan 13 Mei yang dimuatkan di dalam aplikasi TikTok merupakan kandungan berbayar, kata Suruhanjaya...

Lagi Artikel Berkaitan