29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Beri peluang murid pelbagai kaum menulis cerpen – Radzi

Program sebegini memberikan peluang kepada murid untuk membina keupayaan diri dalam suasana yang menyeronokkan dan belajar secara kreatif.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menggesa murid dari pelbagai kaum dipilih untuk menyertai Bengkel Penulisan Cerpen dan Penerbitan Antologi agar buku yang dihasilkan lebih kaya dan sesuai dengan kepelbagaian budaya.

Beliau berkata, pelaksanaan bengkel dan penerbitan buku merupakan satu usaha untuk mengasah bakat murid seawal usia muda.

“Ia bukan sahaja dapat menyuburkan minat mereka malahan dapat menyerlahkan potensi sedia ada dan menggalakkan lebih ramai murid membuat eksplorasi secara kreatif.

“Selaras dengan transformasi sistem pendidikan daripada yang berorientasikan peperiksaan kepada pendidikan yang tidak membebankan, program sebegini memberikan peluang kepada murid untuk membina keupayaan diri dalam suasana yang menyeronokkan dan belajar secara kreatif,” katanya.

Terdahulu beliau merasmikan Majlis Pelancaran Bengkel Penulisan Cerpen dan Penerbitan Antologi Cerpen Penulis Cilik Peringkat Kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 16 (1) di Putrajaya, hari ini.

Mengulas lanjut, Radzi berkata, beliau menyokong penuh program ini dan menyeru semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Wilayah Persekutuan menyambut program yang baik ini dan bersama-sama menyegerakan pelaksanaannya di seluruh negara.

Menurutnya, program rintis itu telah dilaksanakan di Kelantan pada 2 dan 3 Ogos lalu melibatkan penyertaan 60 orang murid sekolah rendah.

“Daripada itu telah melahirkan 31 pengkarya cilik melalui penerbitan buku Antalogi Cerpen Penulis Cilik: Semanis Jala Mas.

“Tahniah kepada Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, JPN Negeri Kelantan, Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan, Majlis Guru Besar Kelantan dan sekolah rendah di Kelantan atas kejayaan pelaksanaan program rintis ini.

“Bagi mengangkat murid kita sebagai pengkarya dan bagi menzahirkan silang budaya serta mencitrakan kekayaan budaya di Malaysia, koleksi lengkap 16 buku mewakili 13 negeri dan tiga Wilayah Persekutuan ini wajar ada di semua pusat sumber sekolah,” katanya.

Ujar beliau, agenda pembangunan pendidikan negara perlulah dijadikan keutamaan.

“Ini bagi menjamin generasi masa depan yang berkualiti dan cemerlang dalam pelbagai aspek dan mampu bersaing di persada dunia,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan