28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

2,712 pesakit ‘Long COVID’ dilapor selepas jangkitan

Sebanyak 1,715 kes masih mengalami gejala-gejala berterusan dan 13 kes berakhir dengan kematian

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEJUMLAH 2,712 pesakit Long COVID telah dirujuk dalam tempoh empat hingga 12 minggu selepas jangkitan COVID-19 ke COVID-19 Rehabilitation Outpatient Specialized Services (CROSS) Hospital Sungai Buloh daripada November 2020 sehingga September 2021.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak 984 atau 36.3 peratus kes pulih sepenuhnya daripada gejala-gejala yang dialami.

“Sebanyak 1,715 (63.2 peratus) kes pula masih mengalami gejala-gejala berterusan dan 13 kes (0.05 peratus) kes berakhir dengan kematian.

“Namun semakan rekod perubatan mendapati terdapat faktor komorbid lain yang menyumbang kepada kes-kes kematian ini, iaitu melibatkan penyakit kanser yang telah merebak, kegagalan buah pinggang, serangan jantung, jangkitan kuman dalam darah serta jangkitan paru-paru,” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Selain itu, katanya, analisa ke atas pengkalan data yang sama mendapati bahawa terdapat seramai 2,324 pesakit telah menjalani penilaian melepasi 12 minggu selepas jangkitan COVID-19.

“Didapati 97.5 peratus daripada mereka merupakan pesakit yang pernah mengalami jangkitan serius COVID-19 iaitu kategori 4 dan 5.

“Penilaian selepas 12 minggu ke atas 2,324 kes ini mendapati sebanyak 914 (39.4 peratus) kes pulih sepenuhnya daripada gejala-gejala yang dialami; 1,410 (60.6 peratus) kes masih mengalami gejala-gejala berterusan di mana kebanyakan mereka melaporkan lebih dari satu gejala.

“Lima gejala paling kerap dilaporkan adalah kelesuan (71.8 peratus), kesukaran bernafas ketika melakukan aktiviti (61.9 peratus), batuk (13.6.peratus), kesakitan (13.2 peratus), dan kesukaran tidur nyenyak (11 peratus),”katanya.

Beliau berkata, seiring dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam menangani Long COVID, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan inisiatif seperti ‘Recognition’; ‘Rehabilitation’ dan ‘Research’.

“Sehingga 30 Oktober 2021, sejumlah 5,193 pesakit menjalani perawatan serta pemantauan program rehabilitasi menangani gejala Long COVID di seluruh negara melibatkan 31 buah hospital awam, 4 buah hospital universiti, dan 6 buah fasiliti kesihatan swasta.

Jelas beliau, menyedari kesan pandemik COVID-19 ke atas individu yang terjejas ini, Perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi KKM juga telah bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia, Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak Melaka dan cawangan satelit di Hospital Ara Damansara untuk memperkasakan pesakit Long COVID sempena program Return to Work dengan memberikan rawatan rehabilitasi yang komprehesif dan menyeluruh.

“Selain itu, pembekalan peralatan rehabilitasi yang bersesuaian dan pembayaran faedah PERKESO bagi pencarum yang layak juga akan dijalankan.

“Kolaborasi bersama badan-badan bukan kerajaan seperti Mercy Malaysia dan Care, Share and Circle juga sedang dilakukan bagi mendapatkan sokongan professional untuk penyediaan bahan pendidikan pesakit meliputi bahasa utama di Malaysia secara bercetak serta elektronik, “katanya.

Dr Noor Hisham berkata, pandemik COVID-19 telah memberi kesan yang mendalam di setiap peringkat.

“Justeru, KKM ingin mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan kepada semua pihak yang bekerjasama dalam menghadapi ujian ini. “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, bersama-sama kita boleh mengharungi ujian ini,” katanya.-Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan