30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Pindah pusat pentadbiran: Malaysia sedia kongsi pengalaman

Indonesia dalam perancangan untuk memindahkan ibu negaranya dari Jakarta ke Kalimantan Timur

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Malaysia bersedia untuk berkongsi pengalaman pemindahan pusat pentadbiran baharu dengan Indonesia memandangkan negara pernah melakukannya sebelum ini.

Ketika mengadakan pertemuan dengan Presiden Joko Widodo di Istana Bogor, Jakarta hari ini, Perdana Menteri percaya pemindahan dan pembangunan Ibu Kota Negara baharu Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan Timur adalah langkah yang tepat.

Menurut Ismail Sabri, Malaysia sudah melaksanakannya 25 tahun lalu apabila memindahkan pusat pentadbiran daripada Kuala Lumpur ke Putrajaya.

“Malaysia siap untuk berkongsi pengalaman berkaitan hal ini dan juga syarikat-syarikat daripada Malaysia bersedia untuk berkerjasama dan turut serta untuk membangunkan projek yang berskala mega ini,” katanya.

Ismail Sabri berkata, Indonesia merupakan rakan perdagangan dan pelaburan yang penting dan strategik bagi Malaysia, dengan jumlah perdagangan dua hala berjumlah USD15.67 billion pada tahun 2020.

Menurut beliau, pada suku kedua tahun 2021 (lepas), jumlah pelaburan Malaysia di Indonesia adalah sebanyak USD12.53 billion dan pelaburan Indonesia di Malaysia USD1.16 billion.

“Saya mengalu-ngalukan pelabur-pelabur daripada Indonesia untuk terus datang melabur di Malaysia.

Dalam perkembangan lain, hasil lawatan berkenaan juga telah membawa kepada persetujuan kedua-dua negara untuk melaksanakan satu koridor perjalanan antara kedua-dua negara melalui aturan Travel Corridor Arrangement (TCA) atau Vaccinated Travel Lane (VTL).

Menurut Perdana Menteri, sebagai permulaan, inisiatif koridor perjalanan ini akan menghubungkan Kuala Lumpur dan Jakarta melalui jalan udara, kemudian boleh ditambah destinasi-destinasi lain yang telah menunjukkan risiko yang rendah.

“Ia akan memberi keutamaan kepada mereka yang telah divaksinasi penuh, bagi kategori pengembara untuk tujuan rasmi, perniagaan, perubatan dan kemanusiaan.

“Koridor perjalanan ini juga akan melibatkan pengiktirafan bersama sijil vaksinasi COVID-19 dan standard keputusan ujian saringan PCR COVID-19,” kata beliau.

Tambah beliau lagi, inisiatif berkenaan tentunya akan memudahkan pergerakan semula rakyat kedua-dua negara.

“Pembukaan semula sempadan secara kaedah yang selamat adalah penting dalam mengimbangi di antara keperluan membuka dan membangunkan semula ekonomi dan menjaga aspek keselamatan dan kawalan kesihatan awam.

“Saya dan Bapak Presiden berharap inisiatif ini dapat dimuktamadkan dan mula dilaksanakan pada awal tahun 2022,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan