25.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 29, 2022

Jumlah kes aktif, kes harian catat trend peningkatan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kes aktif COVID-19 dan kes harian negara menunjukkan trend peningkatan berdasarkan data dari laman web COVIDNOW setakat semalam.

Kes aktif sahaja, sebanyak 1,116 kes dilaporkan, menjadikan keseluruhan, jumlah kumulatif kes aktif kini mencecah 62,890 kes.

Bagaimanapun, bilangan kes sembuh negara merekodkan pertambahan kes dengan sebanyak 5,068 kes,

Pertambahan angka tersebut menjadikan  jumlah kumulatif kes sembuh sehingga kini mencecah 2,430,122 kes.

Sebanyak 10 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID), dilaporkan semalam.

Pertambahan angka tersebut menjadikan jumlah kes BID di seluruh negara mencatatkan sebanyak 5,961 kes.

Dalam pada itu, sebanyak 59 kes kematian dilaporkan, dan jumlah itu menjadikan kes kematian COVID -19 sebanyak 29,486 kes.

Menerusi data laporan tersebut juga, daripada kes aktif terbabit, sejumlah 48,730 kes (77.5 peratus) bagi kuarantin di rumah; sebanyak 7,999 kes (12.7 peratus) di PKRC; sebanyak 5,617 kes (8.9 peratus) di hospital; sebanyak 264 kes (0.4 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan alat bantuan pernafasan dan 280 kes (0.4 peratus) ICU perlukan alat bantuan pernafasan.

Baca juga:   Najib minta bank lebih berhati perut ketika rakyat susah

Terdahulu, Edisi 9 melaporkan, kes baharu harian merekodkan peningkatan dengan sebanyak 6,219 kes dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,516,992 kes. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Tiga maut dalam nahas kereta bertembung van

TIGA rakan yang bekerja sebagai tukang gunting rambut maut selepas Proton Wira dinaiki hilang kawalan lalu bertembung sebuah van...

Lagi Artikel Berkaitan