25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

500 PPS sedia diaktifkan, hadapi taburan hujan tinggi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LEBIH 500 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sedia diaktifkan pada bila-bila masa melihat kepada taburan hujan tinggi yang mengundang kepada fenomena air pasang.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Terengganu, Hanafiah Mat berkata, persediaan itu sebagai siap siaga dalam menghadapi banjir luar biasa terutamanya di kawasan rendah di daerah Kuala Terengganu.

“Berikutan itu lebih 500 PPS juga bersedia diaktifkan pada bila-bila masa bagi menempatkan mangsa yang terjejas,” katanya lapor Astro Awani.

Katanya, semua pihak juga telah bersiap sedia bersama kekuatan anggota dan pegawai serta aset masing-masing bagi menghadapi bencana alam itu.

“Di peringkat agensi kerajaan semua peralatan telah pun bersiap siaga bagi mengalihkan mangsa yang terlibat dengan air pasang besar ini.

Advertisements

“Air pasang besar ini pun tidak lama, dalam masa dua tiga jam ia akan surut kembali. Cuma kita bimbang ketika berlaku pasang besar, hujan lebat turun, air daripada hulu itu akan berlaku pertembungan air menyebabkan berlaku banjir besar,” katanya.

Beliau berkata kawasan rendah di seluruh negeri itu berisiko dilanda banjir namun bergantung pada tahap cuaca serta taburan hujan di kawasan terbabit.

Hanafiah berkata pada tahun lalu pertembungan air sungai dari hulu, disusuli hujan dan fenomena air pasang besar menyebabkan daerah Kemaman dilanda banjir besar.

Situasi itu menyebabkan limpahan air sehingga ke kawasan bandar Chukai dengan menyaksikan lebih 8,000 keluarga berpindah ke PPS.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan