28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

5 teras utama ditampilkan BN hadapi PRN Melaka

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK lima teras utama ditampilkan Barisan Nasional (BN) dalam manifesto parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengarah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, manifesto dan aku janji BN itu perlu dicapai dalam tempoh 100 hari, jangka sederhana dan jangka panjang demi memastikan kemakmuran dan kestabilan rakyat khususnya di Melaka.

“Lima teras manifesto itu merangkumi 103 inisiatif yang melibatkan pembangunan sektor pertanian, industri pelancongan, sokongan sosial komuniti, tadbir urus kerajaan dan pembangunan masyarakat Orang Asli.

“Ini merupakan manifesto dan aku janji untuk kita berikan suatu janji kita kepada rakyat Melaka bahawa tidak akan ada kemakmuran jika tiada kestabilan.

“Kestabilan kunci utama apa sahaja kita lakukan,, kestabilan menjadikan kerajaan memberikan fokus mensejahterakan dan makmurkan rakyat dengan cara membangunkan negeri tersusun dan teratur,”katanya lapor Astro Awani.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan manifesto BN PRN Melaka 2021, di Ayer Keroh pada Rabu.

Terdahulu, dalam pelancaran manifesto BN, Mohamad Hasan turut mengumumkan cadangan meminda Perlembagaan Negeri atas dasar kematangan politik.

Ia bagi tujuan melantik lima orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tambahan termasuk dari kalangan belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membuka ruang dan perspektif persidangan DUN di luar ruang lingkup politik.

Langkah itu sekali gus membolehkan pelantikan ADUN dalam kalangan belia dan NGO dan ia menggambarkan kesediaan kerajaan BN untuk mendengar suara dari semua pihak dan perspektif.-Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan