24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Forum MSMES kongsi pengalaman hadapi cabaran pandemik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar melalui Institut Kemajuan Desa telah menganjurkan Forum Pemerkasaan Perusahaan Luar Bandar Mikro, Kecil dan Sederhana Peringkat ASEAN (MSMES).

Forum tersebut dihadiri oleh kira-kira 100 orang yang terdiri daripada pegawai kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan usahawan luar bandar dari negara-negara ASEAN dan ASEAN Campur Tiga seperti Singapura, Thailand, Kemboja, Filipina, Jepun, China dan Malaysia.

Forum ini turut dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Agung ASEAN (Komuniti Sosiobudaya), Ekkaphab Phanthavong dan Sekretariat ASEAN.

Forum ini merupakan salah satu daripada komitmen Malaysia dalam Kerangka Pelan Tindakan ASEAN dalam Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan 2021 hingga 2025.

Forum ini bertujuan untuk berkongsi amalan terbaik dan bertukar pandangan di kalangan negara ASEAN dan ASEAN Campur Tiga mengenai isu dan cabaran yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana luar bandar semasa pandemik COVID-19.

Selain itu, ia juga sebagai wadah bagi membincangkan hala tuju dan tindakan yang boleh diambil untuk meningkatkan daya tahan dan daya saing perusahaan luar bandar pasca COVID-19.

Advertisements

Dalam ucapan perasmiannya, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, aktiviti keusahawanan luar bandar merupakan salah satu aktiviti utama yang dapat membantu membangunkan kawasan luar bandar.

“Ini adalah kerana aktiviti keusahawanan luar bandar mampu meningkatkan kualiti kehidupan bagi invidividu, keluarga dan komuniti di luar bandar,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut memberi penekanan terhadap kepentingan untuk meningkatkan penggunaan internet dan teknologi digital untuk memastikan kelestarian dan ketahanan usahawan luar bandar dalam era pemulihan pasca COVID-19.

Antara topik yang dibincangkan adalah cabaran usahawan luar bandar pasca COVID-19, pembudayaan aktiviti keusahawaan luar bandar bagi peningkatan ekonomi luar bandar, adaptasi ekonomi digital dalam keusahawanan luar bandar ke arah pembangunan inklusif dan pemulihan dan peningkatan daya tahan usahawan luar bandar pasca COVID-19.

Selain itu, beberapa usahawan luar bandar turut berkongsi pengalaman mendepani cabaran COVID-19 dan langkah pemulihan yang diambil untuk meneruskan perniagaan.

Hasil daripada forum ini boleh digunakan oleh negara-negara ASEAN untuk merangka pelan pembangunan usahawan luar bandar di negara masing-masing terutamanya yang berkaitan dengan teknologi digital.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan