24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kilang buat keluli dikesan tidak patuh SOP

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA –  Sebuah kilang pembuatan keluli di Selangor, dikesan tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ditetapkan, selepas Op Patuh dilaksanakan di premis tersebut, pagi tadi. 

Dalam operasi yang bermula kira-kira pukul 10 pagi itu, mendapati sebahagian besar daripada 350 pekerja hadir bekerja terdiri daripada warga asing yang pernah dijangkiti Covid-19.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin turut mengambil inisiatif ‘turun padang’ dan memeriksa sendiri beberapa buah kilang dalam usaha memastikan pihak pengurusan mematuhi SOP PKP 3.0 yang dikuatkuasakan.

Turut hadir mengiringi beliau ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Mohd Sayuthi Bakar dan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner, Abd Khalid Othman.

Op Patuh yang bermula hari ini secara besar-besaran dan bersepadu di seluruh negara diketuai oleh Ketua Polis Daerah serta dibantu oleh beberapa rakan agensi lain seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan lain-lain lagi.

Advertisements

Ianya menyasarkan kawasan perindustrian termasuk tempat penginapan pekerja yang berisiko tinggi berdasarkan pemetaan yang dibuat oleh pihak kerajaan, sebelum ini.

Minggu lalu, Hamzah berkata, KDN akan melancarkan operasi membanteras ketidakpatuhan SOP di peringkat nasional secara bersepadu dan besar-besaran dengan serta merta melalui pelancaran Ops Patuh.

Beliau, pelaksanaan Ops Patuh itu diputuskan dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Koordinasi Penguatkuasaan dan Pematuhan SOP PKP Covid-19 (JKPS) yang dipengerusikannya hari ini.

Katanya, operasi akan tertumpu kepada aspek penyalahgunaan surat kelulusan yang dikeluarkan oleh kementerian, jabatan atau agensi yang diputuskan MKN. 

“Selain itu sekatan jalan raya bergerak akan diadakan di kawasan perkilangan dan perindustrian yang dikenal pasti sebagai hotspot Covid-19 di seluruh negara,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan