34.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 1, 2023

Hamzah tidak mengigau tetapi kemaruk – Puad

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

SETIAUSAHA Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin disifatkan bukan lagi ‘bermimpi’ tetapi kemaruk untuk membentuk kerajaan baharu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, walaupun Hamzah menafikan bermimpi atau mengigau untuk menubuhkan kerajaan baharu, tetapi Ketua Pembangkang itu mendoakan perkara tersebut menjadi kenyataan.

“Hamzah kata dia tidak pernah bermimpi atau mengigau untuk membentuk kerajaan baru. Tetapi dia mendoakan perkara itu akan jadi kenyataan.

“Kalau sampai berdoa, itu “kemaruk” namanya. Mengenali Hamzah dia akan buat apa sahaja seperti mana dia sanggup tinggalkan UMNO.

“Cuma kali ini dia disusahkan oleh “akta anti lompat parti”. Tetapi Hamzah pakar tebuk atap. Dia akan tebuk individu individu yang masih ada di sana dan di situ. Hamzah bijaksana dan bijaksitu,” katanya melalui hantaran di Facebook hari ini.

Sebelum ini, Hamzah dalam satu ucapan berkata beliau tidak pernah ‘mengigau’ mempunyai akuan bersumpah (SD) mencukupi bagi membentuk kerajaan.

Kata Hamzah, sebaliknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ‘mengigau’ kerana takut kedudukannya diambil alih. – Edisi 9

Terkini

SPRM tiada kuasa tentukan kelayakan calon pilihan raya

SPRM tiada kuasa untuk menentukan sama ada seseorang yang terpalit isu rasuah layak bertanding atau tidak dalam pilihan raya. Ketua Pesuruhjaya...

Lagi Artikel Berkaitan