25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Bekas KSU Perbendaharaan meninggal dunia

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP), Tan Sri Clifford F Herbert meninggal dunia pagi tadi.

Berita duka itu dikongsi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Facebook beliau.

“Terima khabar duka, mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Datuk Clifford F. Herbert telah meninggal dunia pagi ini.

“Mendiang merupakan seorang pegawai yang baik dan memberikan perkhidmatan cemerlang kepada negara.

“Secara peribadi, saya akan terus mengingati jasa mendiang terhadap pembangunan negara khususnya pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Advertisements

“Saya utus salam takziah buat keluarga mendiang, semoga mereka tabah hadapi dugaan ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Mendiang menyertai perkhidmatan awam pada 1964 sebagai Penolong Setiausaha Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dari 1964 hingga 1968.

Mendiang juga pernah menjadi gabenor alternatif Bank Dunia dan dari 1994 hingga 2000, Pengerusi Lapangan Terbang Antarabangsa KL yang membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Clifford, 81, berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan mulai 1994 sebelum bersara pada 1997. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan