33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Saya tidak menyesal bubar PLKN – Syed Saddiq

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BEKAS Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan tiada keperluan menubuhkan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kerana ia satu bentuk pembaziran wang.

Menurut Ahli Parlimen Muar itu, program berkenaan hanya digunakan sebagai alat politik dan bersifat etnosentrik.

“Saya tidak menyesal memansuhkan PLKN dan menggantikannya dengan (program) MFLS (Malaysia Future Leaders School).

“Generasi muda kita bukan lemah. Cabaran pelajar hari ini makin susah. Habis belajar kena hadap kos sara hidup tinggi, bayar hutang pendidikan lagi.

“Lambat grad (lulus) makin susah dapat kerja. Generasi sandwich, manalah tak stress,” ciapnya di laman Twitter pada Ahad.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas hantaran pengguna Facebook, Ahmad Burhanuddin yang berpandangan program PLKN perlu diwujudkan semula yang mampu meningkatkan kemahiran hidup.

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN

Cadangan itu muncul susulan tular seorang pelajar institusi pengajian tinggi yang menangis “kelaparan” walaupun mempunyai wang, ekoran kafe asrama tutup kerana cuti Aidilfitri.

Presiden MUDA itu sebaliknya berkata, kerajaan seharusnya menambah baik sistem pendidikan sedia ada di negara ini.

Untuk rekod, PLKN mula diperkenalkan pada Disember 2003 sebagai program yang menyediakan modul latihan selama tiga bulan meliputi modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti dengan 85,000 hingga 95,000 pelatih setahun, manakala purata perbelanjaan sebanyak RM600 juta setahun.

Bagaimanapun program tersebut dimansuhkan pada 2018 semasa kerajaan ditadbir oleh Pakatan Harapan di bawah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan