27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Kerajaan capai sasaran pelaburan RM30 juta misi franchais Australia

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN berjaya menarik nilai potensi pelaburan berjumlah RM30 juta dari Australia menerusi hasil Misi Perdagangan Francais Malaysia ke Melbourne, Australia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang mengetuai misi itu yang diadakan pada 3 hingga 6 Mei lepas berkata,

ini susulan penyertaan rancak pemain industri francais tempatan dalam pane ran tersebut.

Katanya, objektif utama misi perdagangan itu untuk memacu dan menggalakkan pengembangan jenama Malaysia ke Australia termasuk bekerjasama dengan pelabur-pelabur berpotensi dan bersesuaian.

“Objektif utama misi perdagangan ini adalah bertujuan untuk memacu dan menggalakkan pengembangan jenama Malaysia ke Australia termasuk bekerjasama dengan pelabur-pelabur berpotensi dan bersesuaian melalui pameran itu.

“Ia adalah satu peluang yang baik bagi syarikat Francais Malaysia untuk bekerjasama dengan bakal ahli perniagaan Francais Australia bagi mengembangkan perniagaan mereka di pasaran Australia. Saya percaya bahawa terdapat banyak peluang perniagaan untuk diterokai di Australia. 

Advertisements

“Baru-baru ini, Marrybrown telah melantik francaisi induk mereka di Australia, manakala Smart Reader Kids telah membuka cawangan ke-4 di Melbourne.

“Ini adalah contoh yang baik untuk syarikat lain bagi menembusi pasaran antarabangsa dengan mempromosikan jenama Malaysia, hal ini sekaligus meningkatkan reputasi Malaysia di pasaran eksport antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan media pada Ahad.

Tambahnya, misi tersebut merupakan usaha kerajaan di bawah Program Pengukuhan Francais bagi Meningkatkan Eksport (EFDP) untuk memupuk dan menggalakkan lebih banyak eksport francais ke negara luar.

“Sehingga kini sebanyak 68 jenama francais Malaysia telah berkembang ke 75 negara. Antara jenama Francais Malaysia yang telah menembusi pasaran Australia ialah Marrybrown, Tealive, Global Art, Smart Reader Kids, Aloha Mental Arithmetic, dan banyak lagi.

“Selain itu, misi tersebut turut mengadakan beberapa aktiviti lain seperti lawatan ke Australian Business Registry Services (ABRS), Konsulat Jeneral Malaysia dan MATRADE, syarikat francais tempatan, agensi, persatuan, pihak berkepentingan termasuk sesi perbincangan meja bulat dengan pihak Franchise Council of Australia (FCA),” jelasnya.

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu masa untuk BN balas jasa PH – Zahid

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) adalah waktu untuk Barisan Nasional (BN) membalas...

Lagi Artikel Berkaitan