25.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 20, 2024

Modul latihan PLKN 3.0 bermula dari peringkat sekolah – Khaled

Mesti Baca

MODUL Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pertahanan melibatkan beberapa frasa yang bermula daripada Tingkatan Empat, kata Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, PLKN di peringkat sekolah atau Pra-PLKN itu dilaksanakan semasa kegiatan kokurikulum yang melibat para pelajar di tingkatan tersebut sebagai persiapan menjalani latihan khidmat negara selepas berusia 17 tahun.

Pada fasa seterusnya pula, menurutnya, remaja berusia 17 tahun dan ke atas dipilih menjalani Fasa Latihan Asas yang membabitkan Modul Asas Kenegaraan sebanyak 30 peratus dan Asas Ketenteraan 70 sebanyak 70 peratus.

Latihan pada fasa tersebut, jelas beliau, akan dilaksanakan di 13 buah Kem Askar Wataniah, 20 buah universiti awam dan beberapa politeknik.

“Pelatih PLKN diberi peluang untuk menjalani latihan lanjutan (Fasa Latihan Lanjutan) mengikut bidang yang mereka minati. Modul bagi setiap latihan khusus dibangunkan untuk anggota angkatan tetap, angkatan simpanan dan sukarelawan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Mohamed Khaled berkata, Fasa Pra-PLKN yang melibatkan pelajar tingkatan empat itu akan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan yang dijangka bermula pada pertengahan tahun hadapan.

Advertisements

Manakala Fasa Latihan Asas yang melibatkan peserta 17 tahun dan ke atas selama 45 hari dijangka akan dimulakan pada April 2026.

“Projek rintis akan bermula pada Jun atau Julai 2025 melibatkan dua Kem Wataniah dengan sasaran penyertaan seramai 1,000 peserta,” katanya.

PLKN diperkenalkan pada 16 Februari 2004 oleh pentadbiran terdahulu bagi memperkasa nilai jati diri dan kenegaraan belia sebelum ditangguhkan pada 2015.

PLKN 2.0 kemudian diperkenalkan pada 2016 sehinggalah ia dimansuhkan pada 2018 oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada tahun 2020 ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Kementerian Pertahanan telah mengemukakan cadangan untuk menghidupkan semula PLKN. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua kapal dagang berlanggar, Maritim Malaysia aktifkan Carilamat

DUA buah kapal dagang dilapor telah berlanggar di 25 batu nautila timur laut Tanjung Balau, Sedili, Johor kira-kira pukul...

Lagi Artikel Berkaitan