26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

‘Kifarah itu benar’, kata Akmal kepada Syed Saddiq

Mesti Baca

KETUA Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh hari ini menganggap hukuman yang dihadapi oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai satu kifarah.

Beliau berkata, apa yang terjadi kepada Syed Saddiq yang juga Presiden MUDA itu kerana kesombongannya sehingga sanggup menghina orang lain ketika berkuasa.

“Pengajaran pada diri saya sendiri, jangan sombong dan menghina orang lain ketika kita di tampuk kuasa. Kerana kifarah itu benar,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Beliau turut berkongsi keratan media bertarikh 25 Mei 2019 berhubung kenyataan Syed Saddiq yang menasihati Tan Sri Lim Guan Eng untuk tidak berdebat dengan Datuk Seri Najib Tun Razak yang dituduhnya sebagai pencuri.

“Saya cadangkan Najib berdebat dengan hakim di mahkamah.

Advertisements

“Beliau akan diadili di sana. Ini kerajaan yang berpegang teguh dengan prinsip rule of law,” katanya seperti dilapor media.

Hari ini, bekas Menteri Belia dan Sukan itu dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta selepas didapati bersalah terhadap empat tuduhan pecah amanah, salah guna wang dan pengubahan wang haram dana Armada Bersatu.

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid mengenakan hukuman itu selepas mendengar hujahan peguam bela bagi diringankan hukuman dan hujahan pemberatan hukuman oleh pendakwaan.

Hakim turut membenarkan permohonan bekas Ketua Armada Bersatu itu untuk menangguhkan hukuman penjara sementara rayuan dikemukakan dan mengarahkan syarat jaminan dikekalkan.

Dr Akmal turut mendoakan agar segala urusan Syed Saddiq dipermudahkan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan