31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Search, XPDC gegarkan Hari Rock Negara edisi Selatan

Mesti Baca

NAMA dua band legend Search dan XPDC tidak perlu diperkenalkan lagi di arena industri rock negara ketika ini.

C&M Music Centre membawakan kepada peminat rock Malaysia gabungan kedua mereka ini dalam satu konsert istimewa sempena Hari Rock Negara.

Bakal berlangsung pada 25 November ini bertempat di Educity Sports Complex Johor Bahru. Konsert yang menggabungkan Search dan XPDC itu akan berlangsung selama 2 jam setengah.

Bakal diacarakan oleh pengacara rock popular Ismahalil Hamzah, konsert ini diadakan juga sempena menyempurnakan misi mereka iaitu ingin menghadirkan pengalaman hiburan rock yang luar biasa kepada peminat dua kumpulan ini.

“Menjadi impian kami untuk menjadi perantara yang dapat menghubungkan komuniti peminat Rock Malaysia yang mana mereka dapat berkumpul, berinteraksi dan berkongsi pendapat dan minat mereka bersama.

“Program ini diharap dapat memperkuatkan hubungan sosial dalam komuniti serta membentuk satu jaringan yang positif bagi muzik rock,” kata wakil C&M.

Bersempena dengan konsert ini juga, aktiviti perkumpulan telah dirancang bagi menambah kemeriahan penganjuran konsert iaitu ‘Hari Rock Negara Edisi Selatan’.

Hari Rock Negara ini diadakan bertujuan bagi menjadi tempat pekumpulan peminat-peminat muzik rock negara.

Sejak tahun 2022, Hari Rock Negara telah membuktikan pentingnya ia sebagai sebuah acara rock yang significant dengan lebih 16,000 orang pengunjung pada pertama kali diadakan.

Advertisements

“Program ini tampil dengan pelbagai aktiviti termasuk gerai jualan usahawan tempatan, pelancaran album, forum, kartun dan rock, qasidah, wayang pacak, showcase serta Acara Battle of The Bands.

“Dengan visi yang sama pada tahun kedua penganjuran, Hari Rock Negara Edisi Selatan ini turut memberikan penghargaan berupa pengiktirafan, Anugerah kepada artis artis rock negara yang terpilih mengikut kategori yang akan diumumkan kemudian,” katanya lagi.

Undian dari orang ramai juga akan di ambil kira. Undian ini hanya akan di buat di Radio Internet BapakKu FM.

Buat julung kali juga, ‘ ROCK KARPET’ akan diadakan bagi menghargai dan memberi kemeriahan kepada VOA ini.

Tiket dijual mengikut kategori zon seperti RM98 (Voyage Zone), RM 158 (Rock Zone), RM 238 (Legend Zone), RM 398 ( VIP Zone) dan boleh didapati secara online melalui pembelian di https://www.ticket2u.com.my/event/31727 atau boleh dibeli secara fizikal di C&M Music Centre Plaza Pelangi & Plaza Angsana Johor Bahru.

Pembeli tiket VIP juga akan menerima pelbagai cenderahati menarik Search Voyage of Asia seperti t-shirt, lanyard, bandana, poster dan pass istimewa berjalan melalui Rock Karpet.

Manakala untuk semua pembeli tiket (semua kategori) juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah iaitu sebuah gitar elektrik jenama Bacchus pada malam acara nanti.

Penganjur turut bekerjasama dengan NGO Syria Care bagi sama sama mengutip sumbangan untuk tabung Search XPDC Voyage of Asia for Palestin.

Selain itu, satu majlis tahlil untuk Allahyarham Mael XPDC dan Yazid Search akan diadakan sekaligus mengutip sumbangan bagi meringankan beban keluarga Allahyarham. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan