Thursday, June 4, 2026

Pejabat pesuruhjaya sumpah, mahkamah dibenarkan beroperasi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan pejabat pesuruhjaya sumpah dan mahkamah, termasuk kes-kes jenayah untuk beroperasi sepanjang tempoh Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata, kedua-dua perkhidmatan itu tidak dibenarkan di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Beliau berkata, langkah tersebut dibuat kerana mengambil kira pejabat  pesuruhjaya sumpah memainkan peranan penting dalam memberi sokongan terutama kepada sektor hartanah dan perbankan serta operasi melibatkan isu perakuan kontrak dan pemeteraian urus niaga.

“Bagi kes sivil termasuk kes tribunal pula ia dibolehkan beroperasi tetapi secara dalam talian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu katanya, mengenai Task Force Operasi Pematuhan telah mendapati masih ada lagi kilang dan premis perniagaan yang berdegil selain ingkar arahan serta prosedur operasi standard (SOP).

“Sebanyak lima buah kilang dan 10 premis perniagaan diarahkan tutup operasi mereka di seluruh negara semalam.

“Pasukan tersebut turut melakukan pemeriksaan ke atas sebanyak 2,719 buah kilang selain 15,981 premis perniagaan serta 94 asrama penempatan pekerja,” katanya.

Ismail Sabri memberitahu, sebanyak 132,633 buah kilang, premis perniagaan dan asrama penempatan pekerja telah diperiksa oleh pasukan tersebut di seluruh negara sejak 25 Jun sehingga 1 Julai lalu.

“Sepanjang tempoh tersebut, sejumlah 726 premis dikenakan kompaun manakala 75 lagi diarahkan tutup operasi kerana ingkar SOP ditetapkan,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan