23.3 C
Kuala Lumpur
Monday, October 18, 2021

Malaysia terima 586,700 dos vaksin AstraZeneca dari Thailand

Mesti Baca

Lukman Ismail
Editor Edisi 9

KUALA LUMPUR – Malaysia menerima bekalan 586,700 dos lagi vaksin keluaran AstraZeneca untuk keperluan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) negara ini.

Kumpulan pertama vaksin tersebut yang didatangkan dari kilang pengeluarannya di Thailand merupakan sebahagian daripada komitmen AstraZeneca untuk membekalkan 6.4 juta dos kepada Malaysia.

AstraZeneca dalam satu kenyataan berkata, ia sebahagian daripada tambahan penghantaran melalui COVAX dan sumbangan daripada negara-negara ketiga.

“Sehingga kini sebanyak 2,414,700 dos vaksin telah dibekalkan ke negara ini,” kata kenyataan syarikat itu hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Harjeet Singh menerima bekalan dos tersebut hari ini.

Presiden Negara AstraZeneca, Dr Sanjeev Panchal berkata, pihaknya sedia meneruskan kerjasama dengan kerajaan dan lain-lain pihak di negara ini untuk menyokong pemulihan dari pandemik Covid-19.

Katanya, vaksin AstraZeneca telah terbukti dapat ditoleransi dengan baik dan sangat berkesan untuk menentang penyakit tersebut pada semua orang dewasa dalam ujian klinikalnya.

“Ini terbukti dalam dunia nyata apabila puluhan juta orang yang menerima suntikan vaksin ini berjaya mengurangkan kesan teruk daripada pandemik tersebut dan jumlah yang dimasukkan ke hospital selepas mengambil dos pertama.

Baca juga:   Sultan Johor hargai bekalan tambahan 2 juta dos vaksin

“Vaksin ini juga menunjukkan tahap perlindungan yang tinggi terhadap varian delta dan alpha, termasuk 92 peratus berkesan terhadap kemasukan ke hospital kerana varian delta,” katanya.

Baca juga:   Ramai M40 terdesak, bank perlu cari kaedah bantu – Tok Pa

Dr Sanjeev berkata, AstraZeneca terus membekalkan vaksin Covid-19 ke seluruh dunia tanpa keuntungan semasa pademik tersebut.

Bulan lalu, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) meluluskan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana Vaccine AstraZeneca Solution for Injection keluaran AstraZeneca daripada pengilang kedua iaitu Siam Bioscience Co., Ltd, Thailand. 

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pengilang kedua itu merupakan pengeluar yang akan menjadi sumber bekalan vaksin AstraZeneca untuk PICK.

“Sebelum ini, PBKD telah meluluskan pendaftaran bersyarat bagi pengilang Medimmune Pharma B.V., Netherlands pada 2 Mac lalu, yang merupakan pengeluar bagi bekalan vaksin Covid-19 AstraZeneca ke negara-negara Eropah,” katanya seperti dilapor media. – Edisi 9

Terkini

Muzakarah khas bincang SOP rapatkan saf solat berjemaah – Idris

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah untuk mengatur satu muzakarah khas untuk membincangkan prosedur operasi standard (SOP) bagi...

Lagi Artikel Berkaitan