30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

[VIDEO] Rak rezeki PIBG ringankan beban ibu bapa kesempitan

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

AMPANG – Terkesan dengan kisah seorang ibu yang terpaksa mencuri kerana anak di rumah kelaparan dan sakit, mencetuskan idea kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dua buah sekolah di sini menyediakan bakul makanan untuk mereka yang memerlukan.

Dinamakan rak rezeki, usaha dilakukan PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Teratai (SKTBT) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seraya (SMKTS) ini telah berjaya membantu lebih 70 keluarga yang juga ibu bapa pelajar kedua-dua sekolah terbabit.

Yang Dipertuanya, Nordiana Othman berkata, ide mengadakan rak rezeki itu tercetus melihat kisah satu keluarga di Petaling Jaya yang ditangkap kerana mencuri kerana anak kelaparan dan sakit.

“Dari situ tercetuslah idea kami menyediakan rak rezeki ini sekurang-kurang dapat membantu ibu bapa yang tidak bekerja, hilang pekerjaan kerana pandemik, tiada sumber pendapatan dan kelaparan.

“Pada masa kini rak rezeki memang untuk keluarga yang mempunyai anak-anak yang bersekolah di SKTBT dan SMKTS dan para penyumbang juga terdiri daripada ibu bapa, guru-guru dan orang perseorangan,” katanya di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, buat masa sekarang, rak rezeki PIBG SKTBT dan SMKTS hanya memberi tumpuan dengan menyediakan barangan dapur seperti beras, minyak, tepung, gula dan lain-lain namun tidak menolak jika ada yang memberi sumbangan lain seperi susu anak dan lampin.

Sebarang sumbangan boleh dihulurkan menerusi akaun PIBG SKTBT (5122-4060-0448 – Maybank) dan PIBG SMKTS (1209-2010-0349 – Bank Islam). – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan