26.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Perkasa pemegang taruh pendidikan terutama PIBG

Mesti Baca

Editor
Editor Edisi 9

Oleh TAQIYUDDIN AMINI ABDUL SATAR

TAQIYUDDIN AMINI ABDUL SATAR

RAKYAT amat menantikan pembentangan Bajet Madani 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan bagi Kementerian Pendidikan (KPM) di bawah menterinya, Fadhlina Sidek.

Kementerian Pendidikan tetap penerima tertinggi iaitu sebanyak RM55.2 bilion (2022 – 52.6bilion) kenaikan sebanyak hampir RM3 bilion berbanding tahun 2022. Ia masih peruntukan terbesar bagi Bajet Madani.

Ini menunjukkan Kerajaan Perpaduan menyedari pendidikan adalah hak setiap insan yang lahir ke dunia ini dan beriltizam melahirkan komitmen yang jitu untuk memastikan pendidikan anak bangsa terus terpelihara bahkan diperkasa.

Ini bagi memastikan nasib bangsa Malaysia ini tidak miskin ilmu, akal budi, harta benda dan cita-cita.

Manakala, kebajikan guru-guru juga terus dijaga dan dibela kerana guru adalah komponen penting Malaysia Madani dalam merealisasikan aspirasi Menteri Pendidikan iaitu Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera.

Ini dengan mengulangi komitmen kerajaan untuk membekalkan sekolah dan institusi pendidikan KPM dengan 50,000 komputer riba dan memastikan ia harus diselesaikan dalam suku ketiga tahun 2023.

Ini akan membantu penyampaian pendidikan yang produktif untuk seiring dengan kemajuan teknologi.

Barangkali untuk belanjawan tahun-tahun mendatang, perlu diperuntukan khas untuk meningkatkan kemudahan bagi bilik-bilik dan kemudahan lain untuk para guru termasuk penggantian kerusi, meja, almari dan komputer riba yang baharu.

Ibu bapa dan penjaga murid-murid tentunya bergembira kerana sebahagian besarnya telah pun menerima “durian runtuh” Bantuan Awal Persekolahan (BAP) seawal Januari lepas kerana bukan sahaja kadar BAP dinaikkan daripada RM100 kepada RM150 seorang murid.

Malahan tiada lagi terhad kepada ibu bapa atau penjaga berpendapatan RM3,000 dan ke bawah, bahkan untuk semua ibubapa tanpa tanpa mengira pendapatan.

Baca juga:   Ambil alih kepimpinan ketika hutang negara lebih RM1 trilion

Pemberian fasa kedua dijangka akan diberikan sebaik pembukaan sesi persekolahan 2023/2024 bermula bulan depan.

Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) juga ditambah baik dengan penambahan bajet daripada RM625 juta kepada RM777 juta. Ini memberi manfaat kepada 700,000 murid.

Komitmen kerajaan untuk memastikan pemantauan kepada pembekal-pembekal adalah amat dialu-alukan bagi memastikan makanan yang disediakan itu berkhasiat, selamat dan berkualiti.

Baca juga:   Najib tawar diri disuntik vaksin Sinovac seperti Khairy

Kita sering mendengar cerita sekolah yang daif dan sekolah yang mempunyai kemudahan yang tidak mencukupi sehingga membuat kutipan derma untuk tujuan membantu sekolah memenuhi keperluan dan kemudahan murid-murid.

Justeru, Bajet Madani 2023 ini kekal memperuntukkan RM2.3 bilion untuk memastikan infrastruktur serta kemudahan pembelajaran terbaik disekolah buat anak-anak.

Dalam belanjawan yang dibentangkan Oktober 2022 lepas, diperincikan dari jumlah tersebut RM1.1 bilion adalah untuk penyelenggaraan dan pembaikan sekolah.

Sumber: Bernama

Manakala RM1.2 bilion adalah untuk pembaikan sekolah daif seperti menggantikan bangunan kayu lama terutamanya di Sabah dan Sarawak

Pada Belanjawan Madani 2023, peruntukan RM2.3 bilion tersebut disasarkan meliputi menaik taraf bangunan serta infrastruktur di 380 buah sekolah daif khususnya di Sabah dan Sarawak melalui perolehan khas untuk kesegeraan.

Ia juga turut melibatkan kerja penyelenggaraan kemudahan semua jenis sekolah seperti pembaikan tandas, pendawaian dan saliran sekolah serta menggantikan perabot dan peralatan asrama dan kelas yang using dan uzur.

Kemudahan bagi murid berkeperluan khas OKU juga akan dipertingkat serta pembinaan dewan terbuka bagi keselesaan anak-anak berhimpun yang juga boleh berfungsi untuk pelbagai acara termasuk sukan “indoor”.

Walau bagaimanapun, jumlah tersebut amat sedikit berbanding keperluan sebenar yang dianggarkan sebanyak RM15.08 bilion meliputi 73 sekolah daif skala 7 dan 1,238 sekolah daif skala 6.

Baca juga:   Radzi dituntut buat keputusan berdasarkan hujah data dan sains

Kementerian Pendidikan perlu membuka ruang untuk pihak ibu bapa, badan bukan kerajaan, serta syarikat swasta membantu sekolah dalam membaiki prasarana dan kemudahan murid dengan menyediakan insentif cukai yang menarik.

Usaha kerajaan membina tujuh buah sekolah baharu termasuk di kawasan Shah Alam, Selangor adalah amat tepat.

Kerajaan perlu mengambil kira demografi penduduk yang mengalami proses transmigrasi dan urbanisasi dari kawasan kampung melalui penghijrahan ke bandar dan pinggir bandar dan kawasan perindustrian.

Justeru, ada ketidakseimbangan bilangan murid di luar bandar yang mengalami kekurangan murid dan lebihan kemudahan dan limpahan murid di kawasan bandar-bandar sehingga setiap tahap sehingga 11 kelas dengan setiap kelas mempunyai 40 orang pelajar.

Baca juga:   Jana Wibawa: Tengku Zafrul sedia beri kerjasama kepada SPRM

Ini akan menyebabkan kualiti pembelajaran mungkin merosot. Ini juga menyebabkan ketidakcukupan kemudahan kerusi, meja dan peralatan pembelajaran, bahkan bilik-bilik darjah.

Kerajaan perlu membuat kajian melibatkan sekolah-sekolah yang terkesan fenomena seperti ini.

Sudah sampai masanya kerajaan mengambil inisiatif memperkasakan pemegang taruh utama sistem pendidikan seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan memberikan insentif percukaian kepada ibu bapa, guru mahu pun pihak dermawan luar yang menyumbang kepada PIBG.

Ini kerana akhirnya sumbangan tersebut akan digunakan untuk membaiki dan membina prasarana, meningkatkan kecemerlangan dan kebitaraan sekolah, yang akhirnya akan membantu meningkatkan prasarana dan kemudahan di sekolah, kemenjadian murid dan meningkatkan Karamah Insaniah.

Saya yakin Bajet 2023 yang dibentangkan semula ini akan di sokong oleh para ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara seterusnya diluluskan.


Penulis adalah Yang Dipertua PIBG SBPI Rawang dan YDP SRA Integrasi Seksyen 19 Shah Alam.

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan