24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Bantuan bakul makanan: Jangan pula ada yang tampal logo parti

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

Saudara Pengarang,

Bantuan Bakul Makanan sebanyak RM300,000 bagi setiap Ahli Parlimen di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) mula disalurkan sejak dua hari lalu.

Bantuan yang diperuntukkan kepada kesemua 222 kawasan Parlimen termasuk pembangkang bertujuan meringankan beban rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Seperti kata kenyataan dari Jabatan Perdana Menteri, peruntukan itu bagi memperkasakan program Bantuan Bakul Makanan sedia ada untuk memastikan pelaksanaan yang lebih terangkum dan efektif kepada kumpulan sasar di seluruh negara.

Peruntukan ini telah disalurkan kepada semua ahli Parlimen.

Bagi kawasan Parlimen Gerik dan Batu Sapi, peruntukan ini akan disalurkan melalui Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak, Gerik dan Majlis Perbandaran Sandakan.

Jadi, diharapkan kesemua peruntukan itu dibelanjakan sepenuhnya untuk menyediakan bakul makanan kepada rakyat dan ditolak pula dengan kos-kos lain yang tidak sewajarnya.

Jangan pula ada pihak-pihak yang cuba mengaut keuntungan daripada peruntukan ini dengan mengenakan pula kos penghantaran atau pembungkusan sehingga peruntukan untuk bakul makanan hanya tinggal sebahagian.

Advertisements

Harus diingatkan bahawa peruntukan bakul makanan ini adalah datangnya daripada kerajaan Pusat, yang sudah tentu menggunakan dana yang ada termasuk hasil pembayar cukai dari rakyat sendiri.

Justeru, jangan pula ada mana-mana wakil rakyat yang mengambil kesempatan meletakkan logo parti masing-masing sehingga seolah-olah bakul makanan tersebut datangnya dari parti berkenaan.

Malah adalah sangat mendukacitakan seandainya ada wakil-wakil rakyat menampal gambar mereka pada bungkusan makanan yang diagihkan seolah-olah ia hasil usaha mereka yang prihatin kepada nasib rakyat.

Harus diingat bakul makanan ini adaah untuk membantu rakyat yang dalam kesempitan, justeru amat tidak wajar andai ia dijadikan sebagai alat untuk meraih sokongan dan undi rakyat.

Jangan, jangan sampai terjadi sedemikian.

Adalah diharapak agar kerajaan mengambil tindakan termasuk menghentikan perutukan bakul makanan tersebut jika ada mana-mana Ahli Parlimen atau wakil rakyat mengambil kesempatan atau meraut keuntungan daripada program ini.

Sudahlah selama ini Ahli-Ahli Parlimen ini “hilang kelibatnya” tatkala rakyat menjerit kesusahan sehingga terpaksa mengibar bendera putih, apabila peruntukan diberi oleh kerajaan, mereka mengambil kesempatan pula daripadanya.

ZAINI ABDULLAH
Parit, Perak

E-melkan keluhan, pandangan, kritikan dan aduan anda kepada kami menerusi [email protected]

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan