26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Ibu bapa lega kerajaan kekalkan syarat masuk MRSM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Ibu bapa pelajar sekolah aliran agama hari ini menarik nafas lega dengan keputusan kerajaan mengekalkan syarat asal kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dengan memberi peluang kepada semua aliran.

Menurut Jawatankuasa Permuafakatan Yang Dipertua PIBG Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Negeri Selangor, keputusan tersebut membuktikan kerajaan cakna kepada rakyat sesuai dengan semangat Keluarga Malaysia yang digagaskan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Jurucakap jawatankuasa itu, Taqiyuddin Amini Abdul Satar berkata, pihaknya terhutang budi dengan MARA yang selama ini telah banyak melahirkan modal insan yang telah menyumbang kepada penghasilan tenaga kerja profesional juga separa profesional dalam pelbagai bidang di dalam dan di luar negara.

“Pengumuman oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkaitan pengekalan syarat lama serta membatalkan perubahan pada syarat telah memberi kelegaan malah menyuntik kembali semangat ibu bapa dan murid-murid khususnya yang telah lama menanam impian melanjutkan pelajaran ke MRSM.

“Kami wakil ibu bapa, guru serta murid sekolah SRAI ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana telah membuat keputusan yang tepat, adil lagi bijaksana.

“Kami juga akan terus membantu murid-murid SRAI khususnya untuk mengekalkan prestasi cemerlang dalam pencapaian akedemik, kokurikulum dan sahsiah,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Advertisements

Dalam masa sama, jawatankuasa itu turut menzahirkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menyampaikan mesej kami sebelum ini.

Semalam, Mahdzir berkata, dasar pengambilan pelajar ke MRSM dikekalkan dan cadangan perubahan yang diumumkan sebelum ini tidak akan diguna pakai.

Beliau berkata, semua pelajar tanpa mengira aliran berhak mendapat peluang untuk kemasukan ke MRSM atas semangat Keluarga Malaysia.

Sebelum ini, jawatankuasa tersebut membantah syarat baharu kemasukan pelajar ke MRSM yang hanya terbuka kepada para pelajar sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah menengah kebangsaan (SMK).

Syarat tersebut mencetuskan rasa kecewa dalam kalangan ibu bapa bagi anak-anak mereka yang bukan bersekolah di SK dan SMK termasuk sekolah vernakular. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan