25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Azizul, Qobin sumbang katil ceragem untuk Rumah McDonald

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Juara dunia pelumba basikal Olimpik, Datuk Azizulhasni Awang dan penjelajah Grand Slam Negara, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin menyumbangkan katil ceragem untuk keluarga yang transit di Rumah Ronald McDonald di Hospital Tunku Azizah di Kuala Lumpur.

Selain kemudahan katil berkenaan, kedua-duanya turut menyumbangkan lampin pakai buang dewasa dan makanan segera untuk keluarga yang transit di rumah berkenaan.

Menurut Muqharabbin atau Qobin, sumbangan berkenaan akan diteruskan bersama Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai dari masa ke masa agar dapat membantu mereka memerlukan mengikut kemampuan yang ada.

“Sumbangan ini selamat kami serahkan kepada Pengurus Rumah Ronald Mcdonald, Hospital Tunku Azizah iaitu Siti Fikriah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu bagi Azizulhasni, dia berasa sayu melihat adik Jannah dan Arisya yang mengidap kanser tahap empat ketika ditemui di rumah berkenaan.

“Sayu hati saya bila melihat adik Jannah dan adik Arisya yang mengidap Kanser tahap 4. Saya hanya mampu berdoa agar Allah sembuhkan sakit yang dialami dan meminta agar keluarganya dapat menghadapi dugaan ini dengan cekal,” katanya.

Sementara itu, Fikriah berkata, semasa sumbangan berkenaan, terdapat dua buah keluarga yang menginap di rumah tersebut untuk membawa anak mereka menjalani rawatan kimoterapi.

“Jadi, tempat ini akan menjadi tempat tidur dan rehat bagi keluarga pesakit sementara menunggu anak mereka selesai berjumpa doktor.

“Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Azizulhasni dan Datuk Qobin di atas sumbangan yang diberikan dan juga belanja makan tengah hari buat keluarga dan anak-anak kecil ini,” katanya.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan