27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 21, 2023

Allah selamatkan saya – Azizulhasni

The Pocket Rocketman alami cedera ringan selepas terlibat dalam kemalangan ketika latihan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang memanjatkan kesyukuran selepas terselamat daripada kemalangan pada kelajuan tinggi.

Berkongsi insiden tersebut di Facebook, Azizulhasni berkata, kejadian tersebut berlaku ketika sesi latihan di Veledrom Nasional di Nilai.

“Hanya mahu berkongsikan (kejadian) dengan semua bahawa saya terlibat dalam kemalangan pada kelajuan tinggi semasa latihan kerana kegagalan mekanikal.

“Kemalangan berlaku di selekoh pertama veledrom pada kelajuan tinggi semasa saya berusaha memecut untuk mengejar motosikal,” katanya hari ini.

Tangkap layar rakaman insiden kemalangan membabitkan Azizulhasni Awang ketika menjalani latihan di Veledrom Nasional, Nilai, pagi tadi. – Edisi 9

The Pocket Rocketman berkata, beliau bersyukur tidak mengalami kecederaan serius akibat kemalangan berkenaan.

“Kemalangan ini boleh menjadi lebih buruk. Sebarang kemalangan yang berlaku dalam situasi sebegini bukan bahan jenaka. Alhamdulillah, Allah selamatkan saya, syukur.

Kejadian tersebut mencetuskan keresahan memandangkan Azizulhasni kini dalam persiapan akhir menjelang Sukan Asia Hangzhou 2022 di China yang bakal bermula 23 September ini. – Edisi 9

Terkini

Caprice nafi bayar Mondy demi ‘content’

PENYANYI rap, Caprice, menafikan dia membayar pempengaruh Indonesia, Mondy Tatto demi content atau menjatuhkan mana-mana individu. Caprice berkata, dia sudah memberi keterangan...

Lagi Artikel Berkaitan