25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

PM pengerusi Mesyuarat Kabinet di Kuching

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu mempengerusikan Mesyuarat Kabinet, di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, di sini.

Kehadiran Anwar yang juga Menteri Kewangan di Wisma Bapa Malaysia pada jam 2.20 petang, disambut oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir pada mesyuarat yang berlangsung kira-kira lebih tiga jam itu ialah kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Advertisements

Hampir kesemua Menteri Kabinet hadir termasuklah Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Sejurus selesai mesyuarat itu kira-kira jam 6 petang, Anwar meninggalkan wisma berkenaan bagi menghadiri sambutan Hari Malaysia di Stadium Perpaduan, di sini malam ini. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan