26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Tiada menteri terlibat dalam salah tadbir urus, tata kelola

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIADA menteri dalam Kerajaan Perpaduan sehingga kini terlibat dalam amalan yang menyalahi tadbir urus dan tata kelola.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam tujuh bulan ini, belum ada kes menteri yang amalkan gelojoh nafsu serakah yang lama untuk menyakau mana-mana kontrak (kerajaan).

Ini kerana kata belai, pihaknya tegas dalam menjaga tata kelola ini dan seterusnya bagi mengelak dari rasuah dan ketirisan.

“Kita hadapi masalah ekonomi yang berat, hutang begitu banyak, masalah tak selesai tapi saya yakin sekiranya kita di landasan betul, elak ketirisan, elak tamak haloba, elak nafsu serakah, (elak) ambil kekayaan bukan hak kita, saya yakin Malaysia akan bangkit sebagai negara hebat dan gagah di rantau ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Peneroka Felda 2023, di sini Sambutan Hari Peneroka Felda 2023 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) hari ini.

Advertisements

Anwar berkata, walaupun Kerajaan Perpaduan dianggotai pelbagai parti seperti PKR, DAP, UMNO, Amanah dan Gabungan Parti Sarawak, namun tiada unsur-unsur sabotaj berlaku seperti didakwa sesetengah pihak.

“Saya dalam PH (Pakatan Harapan), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (daripada) UMNO, tapi kita ambil keputusan demi Felda, demi kehidupan orang Melayu, dan rakyat Malaysia kita ambil bersama angkat martabat negara ini untuk hebat semula.

“Bila saya bentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri untuk tolong Felda, disokong oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, disokong Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, disokong Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

“Inilah perpaduan yang membawa kebaikan untuk rakyat,” katanya lagi.

Pada majlis itu, Anwar turut menyatakan komitmen kerajaan untuk melupuskan 80 peratus hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion. – B BERNAMA

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan