30.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

PRN: BN tampil muka baharu – Ahmad Zahid

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BARISAN Nasional (BN) akan menampilkan calon-calon muka baharu bagi bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada Ogos depan.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan tersebut dibuat sebagai tanda semangat baharu BN khususnya sejak bersama Kerajaan Perpaduan.

“Dan untuk BN, insya-Allah calon-calon muka baharu akan kita kemukakan sebagai menandakan semangat baharu daripada BN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Jelajah Perpaduan Madani dan pelancaran Jentera Perpaduan Selangor di Bandar Baru Bangi, Selangor hari ini.

PRN di enam negeri akan diadakan serentak pada 12 Ogos depan melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.

Advertisements

Turut hadir, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari.

Ahmad Zahid berkata, beliau menghormati keputusan kepimpinan tertinggi MCA dan MIC yangmembuat keputusan tidak mahu untuk mengemukakan mana-mana calon untuk PRN kali ini.

“Walaupun rakan-rakan daripada MCA dan MIC mereka telah membuat keputusan tidak mahu untuk mengemukakan mana-mana calon daripada parti berkenaan.

“Tetapi saya menghormati keputusan kepimpinan kedua-dua parti bahawa mereka akan tetap bersama BN dan menyokong semua calon-calon Kerajaan Perpaduan di enam-enam negeri ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan