30.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 18, 2025

Liga Super: Terengganu bangkit ikat KL City

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TERENGGANU FC bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat Kuala Lumpur (KL) City FC 3-3 dalam aksi Liga Super di Stadium KLFA, Cheras malam tadi.

Omid Nazari meletakkan pelawat di depan pada minit ke-29 apabila melakukan satu sepakan lencong menarik dari luar kawasan penalti yang menewaskan Kevin Mendoza di gawang KL City.

Skuad warga kota itu bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan apabila Giancarlo Gallifuoco menyambung tandukan Romel Morales pada minit ke-37 ketika Suhaimi Husin tidak mampu berbuat apa-apa.

Pemain kebangsaan, Paulo Josue meletakkan KL City di depan pada minit ke-42 sebelum Morales menambah gol ketiga tuan rumah pada waktu kecederaan babak pertama.

Advertisements

Nor Hakim Hassan merapatkan jurang pada minit ke-50 selepas bijak memperdaya tiga pemain KL City sebelum melepaskan rembatan menewaskan Mendoza.

Usaha skuad kendalian Tomislav Steinbrückner mencari gol penyamaan berhasil apabila Ivan Mamut meledak gol ketiga Terengganu pada minit-60.

Keputusan ini menyaksikan Terengganu dan KL City masing-masing kekal di tangga keenam dan ketujuh Liga Super dengan 24 mata namun dibezakan dengan perbezaan jaringan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kepimpinan, pengalaman Siti Fadilah mampu perkasa IRM

KEPIMPINAN dan pengalaman yang dimiliki oleh Siti Fadilah Mohd Hood diyakini mampu memperkasa Islamic Relief Malaysia (IRM) bagi mencapai...

Lagi Artikel Berkaitan