25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

United semakin hampir dapatkan Onana

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MANCHESTER United mara selangkah lagi dalam usaha mendapatkan penjaga gol Inter Milan, Andre Onana susulan perbincangan positif kedua-dua kelab semalam.

Difahamkan jumlah perpindahan tersebut sekitar RM254.7 juta dan akan selesaikan pada minggu depan.

Penjaga gol kebangsaan Cameroon itu juga dalam perbincangan mengenai kontrak yang ditawarkan Red Devils namun perkara ini dijangka tidak akan berdepan masalah.

Erik ten Hag mahu bekerjasama dengan bekas penjaga gol Ajax Amsterdam itu bagi menggantikan David De Gea sebagai pemegang jersi nombor satu United.

Pengurus United itu mahu melakukan perubahan di bahagian penjaga gol selepas De Gea dilihat tidak mempunyai kawalan bola yang baik sehingga membawa kepada kekalahan kelab itu kepada Manchester City di final Piala FA.

Advertisements

Kontrak De Gea telah berakhir 30 Jun lalu dan dilapor telah bersetuju dengan terma tawaran kontrak baharu namun isu ini masih tergantung kerana United sedang mempertimbangkan opsyen lain.

United dalam pada itu telah mengaktifkan sambungan kontrak 12 bulan Tom Heaton bagi mengekalkan penjaga gol veteran itu sebagai pemain simpanan untuk semusim lagi.

Ketibaan Onana pastinya akan membuka jalan kepada United untuk menjual Dean Henderson kepada Nottingham Forest.

Sekiranya perbincangan berjalan lancar, Onana akan menjadi pembelian kedua United selepas Mason Mount. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan