30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Frattesi sertai Inter, pengganti Borozovic

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

INTER Milan bertindak pantas mencari pengganti Marcelo Borozovic yang berhijrah ke Al-Nassr apabila mengikat bintang Sassuolo, Davide Frattesi secara pinjaman dengan opsyen perpindahan tetap.

Menurut laporan media Itali, pemain muda berusia 23 tahun itu akan menyertai Nerazzurri selama semusim dengan syarat perpindahan kekal bermula Februari 2024.

Pemain kebangsaan Itali itu difahamkan ditawarkan kontrak selama lima tahun sehingga 2028.

Frattesi telah mempunyai enam penampilan bersama skuad Azzurri selepas melakukan debut pada 2022.

Advertisements

Pemain kelahira Rom itu merupakan rekrut keempat Inter musim ini selepas memuktamadkan pinjaman Francesco Acerbi dan Kristjan Asslani kepada perpindahan kekal.

Selain itu, skuad yang berpangkalan di Milan itu turut menandatangani penyerang Borussia Monchengladbach, Marcus Thuram secara percuma baru-baru ini.

“Segalanya bermula satu setengah tahun lepas apabila saya beraksi menentang Inter di San Siro. Saya sangat tertarik dengan stadium dan penyokong kelab ini.

“Ini merupakan faktor penting buat saya dan itu yang membuatkan saya tidak berfikir lama apabila menerima tawaran Inter,” kata Frattesi menerusi laman web rasmi kelab. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan