26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Menteri KPDN baharu diumum selepas PRN – Anwar

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MENTERI baharu bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan diumumkan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) berakhir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau memerlukan sedikit masa untuk mencari pengganti Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia minggu lalu.

“Belum lagi, lepas PRN… bagi saya masa… saya fikir tidak terlalu lama,” katanya kepada pemberita selepas berucap pada Majlis Perasmian Penutup Hari Pengguna Kebangsaan 2023 di Piazza Pavilion Bukit Jalil semalam.

Salahuddin meninggal dunia pada 23 Julai lalu ketika ditidurkan susulan pembedahan akibat pendarahan otak yang dilakukan di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah.

Advertisements

Bekas Ahli Parlimen Pulai itu ketika menjawat jawatan di KPDN) begitu prihatin dengan rakyat dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif di bawah Payung Rahmah.

Menurut Perdana Menteri, jawatan tersebut ketika ini disandang sementara oleh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali.

“Sementara ini, Armizan diberi tanggungjawab memantau dan menjalankan tugas. (Timbalan Menteri) Fuziah (Salleh) pun dah faham betul (urusan KPDN).

“Jadi saya nampak tiada gangguan dan saya minta Armizan tumpu lebih sikit di kementerian ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan