26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Asrama sekolah tahfiz terbakar, semua pelajar selamat

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBUAH asrama sekolah tahfiz musnah dalam kebakaran di Kampung Medan, Telok Panglima Garang di Kuala Langat, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, asrama itu menempatkan seramai 20 pelajar lelaki yang berusia antara 13 hingga 17 tahun dengan kesemua mereka selamat.

Katanya, Pusat Gerakan Operasi (PGO) pihaknya menerima laporan berhubung kebakaran itu pada 12.03 tengah malam tadi.

“Seramai 18 anggota termasuk pegawai telah digerakkan ke lokasi kejadian dan kebakaran berjaya dipadamkan pada pukul 12.54 tengah malam.

Advertisements

“Kebakaran melibatkan sebuah asrama lelaki berkeluasan 20×70 kaki persegi, jenis bangunan struktur terbuka kelas A dan tidak melibatkan mangsa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Wan Md. Razali berkata, kebakaran tersebut menyebabkan bangunan asrama berkenaan musnah 70 peratus.

Beliau berkata, semasa kejadian, terdapat 20 penghuni yang telah bertindak menyelamatkan diri tanpa mengalami kecederaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan