26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Makanan panas kembali disajikan Malaysia Airlines

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SAJIAN makanan panas di dalam pesawat Malaysia Airlines kini kembalikan secara beransur-ansur dan akan dipulihkan sepenuhnya secepat mungkin.

Perkembangan tersebut dikongsikan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menerusi catatan di Facebook hari ini.

Ahli Parlimen Seremban itu menunjukkan makanan yang hidangkan kepada beliau ketika penerbangan menerusi Malaysia Airlines ke Kuching untuk menghadiri mesyuarat Jemaah Menteri dan sambutan Hari Malaysia malam ini.

“Untuk makluman, hidangan makanan panas sudah dikembalikan secara beransur-ansur untuk beberapa sektor.

Advertisements

“Ini termasuk Kuala Lumpur ke Kuching selepas peralatan tambahan untuk penyediaan makanan in-flight diterima oleh pihak Malaysia Airlines,” katanya.

Tambah Anthony Loke, hidangan signature atau makanan istimewa Malaysia Airlines iaitu sate juga disediakan untuk kelas perniagaan.

Beliau dalam pada itu turut memohonmaaf atas kesulitan yang dihadapi penumpang perkhidmatan Malaysia Airlines.

“Segala kesulitan yang masih dihadapi dalam penerbangan-penerbangan lain amatlah dikesali dan pihak Malaysia Airlines akan berusaha untuk memulihkan keadaan secara sepenuhnya secepat mungkin,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan