26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

KLAS Renang diperluas ke-36 lokasi seluruh negara

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PROGRAM Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang bagi Fasa II diperluas ke-36 lokasi lagi di seluruh negara susulan sambutan menggalakkan diterima sejak diperkenalkan Mei lalu.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berkata, KLAS Renang Fasa II mensasarkan penyertaan seramai 5,760 kanak-kanak yang berumur enam hingga 12 tahun daripada keluarga B40.

“Pra-pendaftaran bagi penyertaan KLAS Renang Fasa II telah dibuka dan dihebahkan menerusi saluran media sosial JBSN mulai 16 Ogos.

“Ibu bapa atau penjaga kepada peserta yang berjaya akan dihubungi oleh Sekretariat JBSN bagi penyelarasan lanjut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Pelancaran KLAS Renang Fasa II telah disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh hari ini di Pusat Kecemerlangan Akuatik, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak.

Program KLAS Renang Fasa II masih mengekalkan kerjasama strategik bersama Allianz Malaysia Berhad dan Nestle Products Sdn. Bhd. dengan tambahan rakan strategik baharu iaitu Decathlon (M) Sdn. Bhd. dan Pos Malaysia Berhad.

Mengulas lanjut, KBS berkata, kementerian sedang melaksanakan projek rintis di bawah program KLAS Renang melibatkan 20 orang kanak-kanak di bawah umur enam tahun, 40 orang warga emas dan 20 orang kurang upaya (OKU).

“Diharapkan usaha ini dapat memperkasakan lagi hasrat KBS dalam membudaya dan merakyatkan sukan selaras dengan aspirasi di bawah Visi Sukan Negara 2030 (VSN 2030) dan kerangka Malaysia Madani,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan