27.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

KBS sedia penginapan belia berhijrah ke bandar cari pekerjaan

Belia yang mencari pekerjaan, menjalani latihan dan industri atau tiada tempat tinggal hanya perlu bayar serendah RM10 sehari

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) memperkenalkan program Y-Capsule sebagai kemudahan penginapan kepada golongan belia khususnya kepada mereka yang baru berhijrah ke bandar bagi mencari peluang pekerjaan.

KBS menerusi kenyataan berkata, golongan sasar ialah warganegara berumur antara 18 hingga 40 tahun yang mencari kerja, telah mendapat kerja tetapi tiada penginapan atau menjalani latihan industri.

Katanya, penginapan tersebut terletak di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) kerana lokasinya yang strategik di tengah bandaraya Kuala Lumpur.

“Kemudahan penginapan yang ditawarkan dengan kadar Rahmah ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban golongan belia yang sedang mencari rezeki di ibu kota.

“Program ini menyasarkan golongan belia yang berhasrat untuk menjalani latihan industri, golongan pencari kerja dan golongan yang telah bekerja tetapi tidak mempunyai tempat untuk menginap dengan kadar bayaran sebanyak RM10 sehari,” katanya hari ini.

Advertisements

IYC menyediakan sebanyak lima bilik dormitori dengan kapasiti 54 katil yang dilengkapi dengan fasiliti lengkap untuk kemudahan penginapan bagi program ini.

Menurut kenyataan itu, KBS berharap program itu dapat menggalakkan lebih ramai belia mendapat motivasi untuk mendapatkan pekerjaan khususnya yang datang daripada luar bandar dengan kadar yang murah.

“Program ini juga seiring dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dengan slogannya leave no one behind yang mana ia akan menggalakkan lebih ramai belia yang berkemahiran dan memiliki produktiviti tinggi.

“Ini sekali gus memacu ekonomi negara seterusnya mengurangkan jurang sosial antara masyarakat ke arah mencapai kestabilan sosial dalam negara ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan