32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Visi Malaysia jadi negara unggul di rantau – PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi visi agar Malaysia memperoleh semula status yang dicapainya pada 1990-an dan menjadi sebuah negara unggul di rantau ini terutamanya dari segi ekonomi, politik, tadbir urus yang baik, dan sebagai contoh masyarakat majmuk berbilang kaum.

Berucap di Milken Institute Asia Summit 2023 di Singapura, Anwar berkata, berdasarkan senario semasa dan pasukan yang ada, beliau optimis bahawa matlamat itu boleh dicapai.

“Kita harus mempercepatkan proses dan mempercepatkan reformasi yang kita janjikan kepada negara,” katanya semasa sesi khas yang bertajuk ‘A Conversation with Prime Minister of Malaysia’ yang disiarkan secara langsung dalam talian.

Beliau membayangkan Malaysia akan berkembang sebagai contoh masyarakat pelbagai kaum yang menghayati kemanusiaan dan belas kasihan.

Advertisements

Bagaimanapun, beliau berkata, ia bergantung kepada keupayaan kerajaan untuk mentadbir dengan adil dan saksama.

“Apa sahaja masalah yang perlu kita hadapi buat masa ini, dengan gelombang perkauman dan ketaksuban agama, saya percaya ia hanya menunggu masa. Dengan keyakinan, ketekunan, dan matlamat yang jelas, kita akan dapat membawa Malaysia ke hadapan,”katanya.

Sementara itu, apabila ditanya mengenai ketidakstabilan politik yang membimbangkan pelabur luar, Anwar menegaskan bahawa kerajaan Persekutuan mempunyai majoriti kuat di Parlimen sekali gus menafikan tanggapan mengenai ketidakstabilan politik di negara ini.

Beliau percaya bahawa dengan dasar-dasar ekonomi yang tepat dan jelas, Malaysia boleh mencapai prestasi lebih baik berbanding 1990-an, berkat komitmen kerajaan terhadap tadbir urus yang baik, elemen yang sering kali tiada di kebanyakan negara-negara membangun. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan