29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Tanggungjawab kerajaan pergiat revolusi digital dalam sektor awam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENJADI tanggungjawab kerajaan untuk mempergiat revolusi digital dalam sektor awam dan salah satu inisiatif termasuklah penubuhan GovTech Malaysia, sebuah portal data terbuka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penubuhan tersebut selaras dengan kerangka ekonomi MADANI.

“Hari ini Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Zuki Ali telah meluncurkan pembaharuan portal Data Terbuka Sektor Awam (data.gov.my) iaitu sebuah portal data terbuka rasmi kerajaan Malaysia di Persidangan Digital Sektor Awam 2023.

“Pembaharuan ini menandakan permulaan era baharu bagi memantapkan ketelusan sektor awam.

“Ia merangkumi pelbagai set data terperinci (granular) dan berfrekuensi tinggi (high-frequency) secara terbuka.

Advertisements

“Ini tentunya mampu mendorong inovasi berpacukan data di sektor awam dan swasta,”katanya menerusi kenyataan di Facebook beliau.

Anwar berkata, beliau amat berbangga untuk menyatakan bahawa kejayaan ini telah dicapai dalam tempoh empat bulan sahaja atas usaha yang diterajui oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bersama Unit Nukleus GovTech.

“Akhirnya, saya mengharapkan semua kementerian, jabatan, dan agensi sektor awam memberi kerjasama penuh kepada MAMPU dalam terus memperkasakan usaha penyediaan data terbuka.

“Ketelusan merupakan salah satu tunjang kepada sebuah demokrasi yang subur; maka sektor awam perlu memantapkan ketelusan dalam mendukung amanah kerajaan kepada rakyat Malaysia,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agamawan perlu hormati bidang kepakaran dan autoriti hukum

Oleh PROF MADYA DR MOHD ANUAR RAMLI MUTAKHIR ini timbul pelbagai isu berkaitan persoalan hukum dan melibatkan para agamawan. Para agamawan...

Lagi Artikel Berkaitan