34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Raja Permaisuri bangga roti canai dinobat roti terbaik dunia

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

RAJA Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan rasa sukacita dan bangga kerana makanan kegemaran rakyat Malaysia, roti dinobatkan sebagai roti terbaik di dunia.

Istana Negara menerusi kenyataan berkata, baginda turut menzahirkan ucapan tahniah kepada rakyat di negara ini atas kejayaan itu yang menyaksikan roti canai mengalahkan India yang popular dengan roti naan.

Selain itu katanya, roti canai turut menewaskan Eropah yang terkenal sebagai penghasil pastri terbaik dunia.

“Roti canai juga adalah pilihan makanan yang digemari Yang di-Pertuan Agong.

Advertisements

“Menduduki ranking pertama dalam carta tersebut, roti canai mendapat skor tertinggi iaitu 4.9 daripada 5.0 berdasarkan ulasan pengguna,” katanya hari ini.

Ini bukan pertama kali roti canai menerima pengiktirafan daripada Tasteatlas.

Pada Julai lalu, ia pernah dinobatkan sebagai ‘roti rata’ terbaik di dunia.

Pada September tahun lalu juga, roti canai turut dianugerahkan sebagai makanan jalanan terbaik di dunia oleh laman antarabangsa itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan