25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

DBKL sita dua premis hiburan di Bukit Bintang

Premis terbabit mengadakan aktiviti hiburan melibatkan persembahan live muzik, nyanyian karaoke dan DJ Muzik tanpa kebenaran dan kelulusan pihak berkuasa

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA buah premis hiburan disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana didapati melanggar syarat lesen dalam tindakan penguatkuasaan yang dilakukan di Jalan Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Tindakan Khas Premis Berisiko (Aktiviti Hiburan) Siri 12/2023 yang bermula dari jam 10 malam dan berakhir jam 2 pagi tadi, dilakukan Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan.

DBKL menerusi kenyataan berkata, hasil serbuan dan pemeriksaan pegawai penguatkuasa DBKL di lima buah premis perniagaan restoran dan pub berkenaan, DBKL mendapati premis-premis terbabit mengadakan aktiviti hiburan melibatkan persembahan live muzik, nyanyian karaoke dan DJ Muzik tanpa kebenaran dan kelulusan pihak berkuasa.

“Tindakan penutupan (sealed) serta – merta telah dikenakan ke atas dua buah premis di bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992 termasuk membuka 4 kertas siasatan (IP) di bawah Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) kerana mengadakan aktiviti hiburan (live muzik/DJ) tanpa kebenaran.

“DBKL turut mengeluarkan tiga notis kompaun kerana melantik pembantu tanpa kebenaran dan satu notis kompaun kerana premis tiada lesen beroperasi.

Advertisements

“Berikutan itu, kes akan disiasat di bawah Undang-Undang Kecil Petempatan Makanan (WPKL) 2016 serta 2 notis kompaun Tiada Lesen Iklan dibawah UUK 5(1) Undang-Undang Kecil Iklan (WPKL) 1982,” katanya.

Pegawai penguatkuasa DBKL turut menyita 12 pelbagai peralatan muzik.

DBKL berkata, pihaknya turut menyita 12 pelbagai peralatan muzik di dua buah premis tersebut.

“Ia terdiri daripada mixer sound, digital mixing, speaker, monitor, komputer riba dan lain-lain.

“Barangan dan peralatan muzik kemudiannya telah di hantar ke Setor Sitaan DBKL di Jalan Lombong Taman Miharja, Cheras bagi tujuan rekod dan penyimpanan sementara,” katanya.

Menurut DBKL, tindakan penguatkuasaan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dilokasi tumpuan yang lain sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan