30.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

PM hadir Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-20 Nanning esok

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Republik Rakyat China (RRC) esok, untuk menghadiri Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-20 di Nanning, Wilayah Guangxi.

Lawatan berkenaan adalah atas jemputan Premier China, Li Qiang.

Dalam lawatan itu, Perdana Menteri akan diiringi Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin yang mewakili Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz; Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming; Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Wisma Putra, Perdana Menteri dijadual untuk menyampaikan ucapan semasa Majlis Perasmian CAEXPO dan China-ASEAN Business and Investment Summit (CABIS), bersama Premier Li Qiang dan pemimpin ASEAN yang lain.

“Perdana Menteri akan turut merasmikan “Astaka Malaysia” semasa Ekspo tersebut.

“Selain menghadiri ekspo itu, Perdana Menteri juga akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawat beliau, Premier Li Qiang. Kedua-dua pemimpin dijangka akan membincangkan status hubungan dua hala Malaysia-China dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

“Premier Li Qiang akan menghoskan makan tengah hari bagi meraikan Perdana Menteri,”menurut Wisma Putra.

CAEXPO adalah acara pameran antarabangsa terbesar yang dianjurkan oleh China dan ASEAN, yang berfungsi sebagai platform bagi ahli perniagaan dan perusahaan dari rantau ASEAN dan RRC untuk meneroka kerjasama serta mempromosikan produk di kawasan perdagangan bebas terbesar di dunia.

Advertisements

Malaysia telah menyertai ekspo ini sejak penubuhannya pada tahun 2004.

Pada tahun ini, sebanyak 107 syarikat Malaysia menyertai ekspo tersebut di bawah Astaka Malaysia, diselaraskan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Antara industri yang dipromosikan Malaysia di ekspo itu termasuk perkhidmatan; makanan dan minuman; kesihatan dan kesejahteraan; gaya hidup, dan produk hijau.

Penyertaan Malaysia dalam CAEXPO ke-20 adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk menjalin hubungan ekonomi yang lebih erat dengan RRC serta komuniti perniagaan di rantau ini.

Jelas Wisma Putra, lawatan Perdana Menteri ke RRC ini akan membolehkan kedua-dua pihak meluaskan perkongsian sedia ada, mengenal pasti potensi bidang kerjasama baharu dan mengukuhkan rangkaian perniagaan antara sektor swasta kedua-dua negara.

Lawatan ini juga bertepatan dengan ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia – RRC tahun ini, serta sebagai persediaan menjelang ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik yang bakal disambut pada tahun 2024.

Pada tahun 2022, RRC adalah rakan dagangan terbesar ASEAN, dengan nilai dagangan berjumlah RM3.19 trilion (USD722.2 bilion), meningkat 7.8 peratus daripada tahun 2021. Nilai pelaburan langsung asing dari China ke ASEAN pula dicatatkan sebanyak RM67.52 bilion (AS$15.3 bilion) pada tahun yang sama. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan