26 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Kembara Kenali Borneo: Agong, Permaisuri santuni masyarakat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyantuni beberapa peniaga kecil dan masyarakat setempat dalam perjalanan dari bandar Tawau ke Lahad Lahad Datu, semalam.

Menerusi Facebook Istana Negara, Jalan Tawau-Lahad Datu adalah laluan keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua bersama rombongan semasa perjalanan menuju ke Lahad Datu dan kemudiannya Sandakan bagi hari kedua program Kembara Kenali Borneo.

“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda mengetuai konvoi kembara 25 kenderaan itu, bersama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berulang kali berkenan berhenti dan turun kenderaan di beberapa kawasan.

“Antaranya untuk membeli buah-buahan serta makanan seperti keropok lekor dan sebagainya yang dijual peniaga tempatan.

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyantuni beberapa peniaga kecil dan masyarakat setempat.

“Di sebuah gerai di Kampung Silam, Lahad Datu, Seri Paduka Baginda berdua telah berkenan meluangkan masa berehat hampir 20 minit dan menikmati air kelapa sebelum meneruskan jelajah Kembara Kenali Borneo,”menurut kenyataan itu.

Istana Negara berkata, Paduka anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana turut berkenan meluangkan masa untuk bersantap di gerai itu.

Advertisements

“Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan mengurniakan sumbangan wang tunai kepada kanak-kanak yang teruja bertemu Baginda berdua.

“Keadaan cuaca yang baik dan cerah semalam juga memberi peluang keemasan kepada Seri Paduka Baginda berdua untuk bersalaman dan menyantuni rakyat setempat yang teruja menantikan keberangkatan tiba Baginda berdua di sepanjang perjalanan rombongan.

“Susulan sambutan rakyat yang hebat, rombongan Seri Paduka Baginda berdua bagaimanapun tidak dapat singgah di Menara Kayangan, Lahad Datu seperti yang telah dirancang,”menurut kenyataan itu.

Kembara Kenali Borneo dari 3 hingga 13 Sept bermula di Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak sejauh 2,154 kilometer menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei Darussalam.

Pelepasan konvoi pada Isnin disempurnakan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di bulatan 0 KM di Tawau.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan