27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Segerakan pengasingan kuasa pendakwa raya, Peguam Negara

Mesti Baca

ANGKATAN Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa Jabatan Peguam Negara (AGC) memberi penjelasan di sebalik keputusan tindakan pendakwaan menghentikan prosiding perbicaraan 47 pertuduhan yang dihadapi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, ia bagi mengelakkan seberang salah faham dan menghentikan sebarang spekulasi yang berpotensi memberi kesan terhadap persepsi masyarakat awam mengenai sistem keadilan negara.

“Dalam masa sama, ABIM turut menggesa iltizam untuk menstruktur semula kuasa pendakwaan dengan pengasingan kuasa antara pendakwa raya dan Pejabat Peguam Negara dapat direalisasikan dengan kadar segera.

“Ia bagi mengelak sebarang bayang-bayang keraguan dalam tindakan yang dibuat oleh pendakwa raya dalam pendakwaan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Advertisements

Terdahulu, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid, 70, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.

Keputusan itu dibuat selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar yang memaklumkan Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid sehingga peringkat ini.

Ahmad Zahid didakwa dengan 47 pertuduhan iaitu lapan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan