25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Henti polemik Minggu Solidariti Palestin di sekolah – ABIM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBARANG polemik berhubung penganjuran Minggu Solidariti Palestin di sekolah-sekolah perlu segera dihentikan.

Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Zairudin Hashim berkata, ini kerana Kementerian Pendidikan (KPM) sudah menjelaskan mengenai prosedur yang ditetapkan untuk pengelolaan program tersebut.

Beliau berkata, berdasarkan penilaian ABIM, panduan itu telah dijelaskan dengan terperinci dalam pekeliling yang dikeluarkan pada 21 Oktober.

“KPM juga menegaskan bahawa Minggu Solidariti Palestin adalah sebahagian daripada pendidikan kewarganegaraan global yang telah dimasukkan dalam kurikulum kebangsaan melalui Elemen Merentas Kurikulum (EMK).

“ABIM menilai bahawa panduan yang disediakan KPM melalui pekeliling tersebut adalah penting untuk memastikan bahawa nilai-nilai kemanusiaan yang universal, perpaduan, keharmonian dan karamah insaniah diutamakan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Zairudin berkata, ABIM menggariskan bahawa dalam konteks konflik Israel-Palestin, pendidikanlah memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak memahami isu tersebut secara betul.

Katanya, ia sejajar dengan pandangan kerajaan dan mengelakkan naratif yang salah daripada media sosial.

“Krisis kemanusiaan di Palestin memerlukan seluruh warga Malaysia untuk sama-sama menyuarakan sokongan kepada kerajaan di atas ketegasan untuk menolak keganasan yang berlaku.

“Ia telah mengorbankan ribuan nyawa masyarakat awam Palestin termasuk kanak-kanak yang tidak berdosa,” ujar beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan