30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Agrobank sedia dana RM350,000 bagi penternak ayam

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AGROBANK menyediakan dana pembiayaan sehingga RM350,000 untuk penternak komuniti dan mikro serta dana pembiayaan sehingga RM5 juta bagi penternak kecil dan sederhana.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, pihaknya komited bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui pembiayaan modal kerja dan modal tetap.

Katanya, modal tersebut diperuntukan kepada penternak bersaiz kecil dan sederhana, serta Skim Mikro Kredit dalam bentuk pembiayaan modal pusingan kepada penternak komuniti.

“Pembiayaan ini termasuk transformasi daripada reban ayam terbuka kepada reban ayam tertutup.

“Dengan margin sehingga 90 peratus bagi tempoh pembiayaan sehingga sembilan tahun, penternak komuniti dan mikro serta penternak kecil dan sederhana bakal menikmati kadar keuntungan sehingga tigas peratus setahun mengikut baki bulanan,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Advertisements

Mengulas lanjut, Tengku Ahmad Badli Shah berkata, matlamat program itu antara lain adalah untuk meningkatkan akses bekalan ayam secara terus daripada penternak kepada pemborong dan peruncit di pasaran.

“Program ini juga membolehkan pengusaha beralih kepada teknik pemeliharaan yang lebih cekap, yang secara tidak langsung dapat meningkatkan produktiviti ladang.

“Selain itu program ini membantu mengurangkan kos pengeluaran dan akhirnya harga ayam yang berpatutan dapat ditawarkan kepada pasaran,” ujarnya.

“Agrobank akan terus memberikan komitmen padu dan kerjasama erat dengan kerajaan melalui KPKM bagi memperkasa sektor agromakanan terutama dalam industri penternakan ayam di Malaysia,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan