32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Subsidi penternak ayam, telur masih tunggu keputusan Kabinet

Mesti Baca

JABATAN Perkhidmatan Veterina (JPV) masih menunggu keputusan Kabinet berhubung pemberian subsidi kepada penternak ayam dan telur setelah ia ditamatkan pada 15 Januari lalu.

JPV dalam kenyataan berkata, sehingga kini subsidi bagi tahun ini masih belum dibuka kerana perkara tersebut baru dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet pada 17 Februari lalu.

“Sehingga kini, JKBV dan MAFS (Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan masih menunggu minit kelulusan daripada pihak Kabinet bagi pelaksanaannya.

“Permohonan kepada Kabinet bagi subsidi ini adalah bagi tempoh Januari hingga Jun 2023,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Kenyataan itu mengulas laporan media berhubung subsidi penternak ayam, telur yang dikatakan telah ditarik balik.

Sebelum ini kerajaan bersetuju meneruskan pemberian subsidi kepada penternak ayam dan pengeluar telur ayam sehingga Disember tahun lalu pada kadar 80 sen sekilogram (kg) bagi ayam dan 8 sen sebiji bagi telur.

Langkah itu bagi meringankan beban penternak susulan peningkatan kos pengeluaran yang berterusan terutama kos makanan ayam yang meliputi 70 peratus dari kos pengeluaran selain kos anak ayam, logistik, pekerja, utiliti dan ubat-ubatan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Ramasamy, Fadhil amal kempen menyesatkan – Puad Zarkashi

PRESIDEN Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P. Ramasamy dan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhil Shaari dianggap mengamalkan kempen...

Lagi Artikel Berkaitan